Ulasan Tahunan: Minggu 1 – 25

Pada hujung tahun 2018, Federal Reserve Amerika Syarikat dalam mesyuarat FOMC terakhirnya telah membentangkan “dot plot” merancang untuk dua kali kenaikan kadar faedah sepanjang tahun 2019. Dengan kadar ketika itu 2.5%, pasaran menjangkakan Feds akan menaikkannya kepada 2.75% dan akhirnya 3% sebelum hujung tahun 2019 berakhir. Dengan jangkaan tersebut, indeks Dolar (DXY) telah memacu naik melepasi 98 mata sebelum mesyuarat FOMC bulan Jun membuktikan itu semua adalah igauan semata-mata.

25 minggu pertama tahun ini, pasaran telah dipermainkan oleh Feds yang mahu terus mewujudkan permintaan untuk Dolar AS. Malah Bursa Logam London (LME) dan Chicago (CME) terus menekan harga emas demi untuk mempertahankan nilai Dolar, sebelum permintaan yang tinggi dari bank-bank pusat serata dunia menyebabkan jawatankuasa penilaian bursa terpaksa menaikkan harga emas apabila Feds gagal menaikkan kadar faedah dalam mesyuarat bulan Jun.

Credit Agricole, sebuah bank pelaburan Perancis yang telah pun menjangka akan perkara ini, menyarankan belian emas seawal bulan Disember tahun lepas. Dengan kebanyakan negara yang kini cuba keluar dari kemelut Dolar AS, logam berharga kini menjadi antara pilihan pelabur.

Namun begitu, entah mengapa, pasaran masih meletakkan harapan bahawa Feds akan menaikkan kadar faedah dan terus membida Dolar AS sepanjang 25 minggu yang lalu; walaupun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Sepanjang 25 minggu yang lalu, Federal Reserve Amerika Syarikat telah menurunkan kadar faedah sebanyak tiga kali dan harga emas masih tertekan (lihat carta emas diatas).

Jadi sekiranya anda masih menyangka bahawa pasaran bergerak sepenuhnya atas dasar “supply and demand”, anda masih punyai ruang yang sangat banyak untuk belajar. Pasaran dipenuhi dengan kawalan harga dan manipulasi oleh kartel-kartel kewangan yang mahu terus mengekalkan kuasa kewangan mereka. Saya akan cuba ulas lebih lanjut dalam bahagian kedua.

Pengajaran

Agak malang bagi saya apabila salah satu akaun runcit menemui kegagalan akibat manipulasi dan kawalan harga. Namun saya tahu saya tidak keseorangan kerana salah satu “big player” juga kerugian baru-baru ini. Itulah hakikat pasaran dimana kerugian itu adalah sebahagian daripada perniagaan. Cuma pastikan ianya tidaklah sehingga menjejaskan kehidupan anda ataupun kelansungan syarikat.

 

Selamat Berdagang dan Melabur!

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.