Antara minggu yang membosankan ialah minggu pertama bulanan, dimana kebanyakan pedagang menanti data sektor pekerjaan Amerika Syarikat, atau lebih dikenali sebagai NFP (Non Farm Payroll). Angka bulan Oktober mengujakan bila mana 128 ribu pekerjaan ditambah berbanding 89 ribu jangkaan dan angka sebelumnya juga disemak naik dari 136 ribu kepada 180 ribu. Namun kadar pengangguran meningkat dari 3.5% kepada 3.6% seperti jangkaan.

Kali ini, bulan November dijangka menambah dari 128 ribu kepada 180 ribu pekerjaan dengan kadar pengangguran yang dijangka stabil pada 3.6%. Agak menarik bila melihat purata gaji sejam juga dijangka meningkat dari 0.2% kepada 0.3% dan ini boleh mendorong pelabur membida Dolar AS terutamanya pemegang akaun Swiss dan Yen.

Melihat kepada carta USD/CHF 2 jam, faktor fundamental ini boleh mendorong bidaan di atas kadar tukaran 0.9880 dengan “stop loss” di bawah 0.9850 dan sasaran pada sekitar 0.9930/50 berhampiran dengan pivot bulanan.

Pemegang akaun Yen telah pun membida lebih awal sekitar 108.50 dan kini sedang cuba menguji pivot bulanan sekitar 109.00. Pandangan teknikal lebih memihak kepada jualan USD/JPY ketika ini dan sekiranya anda terlepas jualan bersama Citibank (strategi minggu ke-46) sebelum ini, peluang kini datang lagi. Sekiranya anda telah pun menyertainya sebelum ini, pastikan mengambil sebahagian untung dan alihkan “stoploss” kepada “breakeven”.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.