Berikut adalah laporan sentimen harian sepanjang minggu ke-48, 2019 yang lepas.

Jumaat, 29 November 2019.

BUY GBP CAD EUR USD JPY NZD CHF AUD SELL

Khamis, 28 November 2019.

BUY CAD GBP USD EUR NZD CHF AUD JPY SELL

Rabu, 27 November 2019.

BUY GBP CAD NZD USD EUR AUD CHF JPY SELL

Selasa, 26 November 2019:

BUY CAD GBP NZD EUR USD CHF AUD JPY SELL

Isnin, 25 November 2019:

BUY GBP NZD CHF USD CAD EUR AUD JPY SELL

 

Ulasan Mingguan

Pasaran berada dalam dagangan tipis pada minggu lepas, apabila Amerika Syarikat dan Kanada bercuti sempena Hari Kesyukuran. Pasaran juga seakan optimis dan berada dalam mood percutian apabila matawang “safe-haven” JPY lebih banyak dijual sepanjang minggu berbanding USD dan CHF. Namun, tindakan Presiden Amerika Syarikat menandatangani hak asasi manusia untuk Hong Kong, menyebabkan pasaran sedikit gusar yang ianya akan memberi kesan negatif kepada rundingan dagangan AS-China.

Sepanjang minggu juga, matawang komoditi yang menjadi proxi China, AUD terus tertekan berbanding matawang komoditi NZD dan CAD yang lebih banyak dibeli. Dalam pada itu, perkembangan terbaru tentang mesyuarat OPEC yang mungkin menyaksikan Arab Saudi tidak lagi mahu memotong pengeluaran minyak mentah, dijangka akan menyebabkan harga minyak terus tertekan dan CAD lebih banyak dijual.

Di Eropah, EUR terus tertekan beranding GBP apabila keputusan pungutan suara di Britain yang terus memihak kepada Parti Konservatif pimpinan Perdana Menteri Boris Johnson; membantu mengapungkan Pound sepanjang minggu. Keputusan terbaru pada hujung minggu yang menunjukkan jurang sokongan antara Parti Konservatif dan Buruh yang semakin mengecil menyebabkan Pound membuka dengan “gap-down” minggu ini.

Pasaran terus mengambil sikap berhati-hati pada minggu lepas, apabila emas terus stabil di atas paras $1,450; walaupun Yen dijual hebat. Emas membuat lonjakan pada hari Jumaat apabila pasaran melihat huru-hara di Hong Kong boleh membawa kepada ketidakstabilan pasaran dan rundingan dagang AS-China serta risiko geo-politik di Britain.

 

Ulasan Matawang Utama

**Suruhanjaya Dagangan Komoditi dan Pasaran Hadapan (CFTC) Amerika Syarikat masih belum menyiarkan data komitmen trader yang terbaru lantaran cuti Hari Kesyukuran pada Khamis dan Jumaat.

EUR/USD: Sentimen menunjukkan Euro masih berada dalam tekanan jualan pada minggu lepas, lantaran ekonomi Eropah yang masih tidak menunjukkan sebarang perkembangan yang memberansangkan pada suku ketiga. Pelabur kini mengharapkan kemasukan bekas pengerusi IMF kedalam ECB akan membawa perkembangan positif.

Sehingga Jumaat lepas, UBS masih belum memasuki pasaran.

 

GBP/USD:  Pound terus berada dalam sentimen belian selepas pungutan suara menunjukkan Parti Konservatif bakal memenangi pilihanraya umum pada 12 Disember ini. Namun, masih terdapat “big player” yang mengambil sikap berhati-hati apabila mereka mencairkan pegangan belian Pound pada minggu ke-47.

Sehingga Jumaat lepas, “buy limit” Citibank masih aktif, sementara UBS masih belum memasuki pasaran.

 

AUD/USD: Sentimen menunjukkan Aussie terus berada dalam tekanan jualan apabila kejayaan rundingan dagang AS-China terus menjadi teka-teki kepada pelabur. Tindakan Presiden AS menandatangani hak asasi manusia di wilayah China, Hong Kong juga dilihat membawa kesan negatif. Namun sekiranya RBA mengekalkan kadar faedah pada minggu ini, Aussie dilihat mampu memacu semula.

Sehingga Jumaat lepas, “buy stop” Citibank telah pun dibatalkan.

 

USD/JPY: Dollar/Yen berada dalam sentimen belian sepanjang minggu lepas, apabila pasaran masih meberikan harapan kepada kejayaan rundingan dagang AS-China. Namun, dengan perkembangan terbaru terhadap hak asasi manusia di Hong Kong, sentimen pasaran kini lebih berhati-hati.

Sehingga Jumaat lepas, Citibank telah memasuki semula pasaran dengan strategi minggu ke-46, sementara UBS masih belum memasuki pasaran.

 

USD/CHF: Dollar/Swiss terus mendapat sokongan belian selepas pasaran terus optimis dengan rundingan dagang AS-China. Sebelum itu, minit mesyuarat FOMC menunjukkan Feds akan mengekalkan kadar faedah semasa sehingga tahun depan dan ini semestinya baik untuk Dolar AS.

CHF dijangka kembali mendapat permintaan sekiranya sentimen pasaran kembali hambar.

 

USD/CAD: Sentimen menunjukkan Dollar/CAD yang disokong di awal minggu, kembali tertekan selepas harga minyak terus naik dan pasaran menjangkakan Bank Pusat Kanada akan terus mengekalkan kadar faedah pada minggu ini.

Sehingga Jumaat lepas, “sell limit” Citibank masih aktif dan UBS masih belum memasuki pasaran.

 

NOTA:

Analisa sentimen hanyalah satu dari tiga analisa utama dalam membuat keputusan dagangan. Trader dinasihatkan untuk melihat juga analisa fundamental dan teknikal sebelum berdagang. Baca lebih lanjut tentang analisa sentimen dan bagaimana menggunakannya disini