Ada banyak berita, laporan dan peristiwa yang mempengaruhi pergerakan pasaran. Antaranya ialah pilihanraya, dan antara pilihanraya yang mendapat perhatian sensasi pasaran ketika ini adalah pilihanraya Britain pada 12 Disember ini. Sekitar pasaran menutup hari ini, agensi pungutan suara YouGov menyiarkan keputusan terkini pandangan awam terhadap pilihanraya Britain.

Model YouGov menunjukkan Parti Konservatif akan memenangi pilihanraya dengan 68 majority. GBP/USD melonjak dari paras psikologi 1.29 dan dijangka akan menguji rintangan besar sekitar paras 1.2980/1.30 minggu ini.

Dalam pada itu, dalam satu pekembangan lain di pasaran derivatif opsyen, minat jualan mengatasi belian untuk kontrak berakhir 13 Disember, sehari selepas pilihanraya Britain, sebanyak 2.57 kali sehingga semalam (26/7).

Dengan kata lain, pelabur menjangkakan tekanan jualan sehingga pilihanraya Britain selesai dan itu adalah normal dalam pasaran. Apa yang mendokong Pound ketika ini ialah pungutan suara yang memihak kepada Parti Konservatif dan Bank Pusat England juga merancang untuk menaikkan kadar faedah sekiranya Parti Konservatif memenangi pilihanraya kali ini.

Rancangan Dagangan

Melihat kepada carta 1 jam diatas, sokongan belian tidak disertai dengan kenaikan “volume”, jadi ianya adalah “buying climax”, jadi masih ada kemungkinan untuk Pound membuat pullback untuk mengambil “order”; kerana melihat kepada carta harian di bawah, Pound sedang berada dalam triangle dan juga sedang membentuk “bullish flag”.

Dengan keadaan pasaran yang sedang dalam “sideways”, strategi “range trading” adalah lebih sesuai dan saya melihat peluang jualan sekitar paras 1.2980/1.30 dan peluang belian pada paras 1.2780/1.28. Strategi “cut loss” lebih sesuai dalam keadaan begini sekiranya harga menutup di atas 1.3020 untuk jualan dan di bawah 1.2760 untuk belian.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.