Ulasan Mingguan

Drama rundingan dagang AS-China yang kini memasuki lebih setahun, terus berbolak-balik antara cukai dan perlepasan cukai; dan semestinya ini meragukan pasaran. Perubahan mendadak berlaku pada hujung minggu lepas, dimana sekali lagi perunding Amerika Syarikat berangkat ke Beijing, China untuk memutuskan beberapa perkara akhir sebelum perjanjian dimeterai pada bulan depan.

Perubahan mendadak ini menyaksikan keseluruhan pasaran hadapan (+0.14%) menutup tinggi pada Jumaat lepas, dengan diketuai oleh tenaga (+1.32%) dan indeks saham (+0.64%); sementara kejatuhan diketuai oleh barangan lembut (-0.3%), bijirin (-0.16%) dan bon/kewangan (-0.13%). Pasaran masih mengambil sikap berhati-hati apabila logam (0%) masih dalam neutral.

Di pasaran hadapan matawang pula, perubahan mendadak sentimen ini menyebabkan Dolar AS (-0.15%), Swiss (-0.24%) dan Yen (-0.42%) dijual; sementara Peso Mexico (+0.78%), Dolar Australia (+0.41%) dan Euro (+0.27%) mendahului permintaan.

Indeks “CNN Fear & Greed” menunjukkan sentimen pasaran masih berada dalam trend menaik sejak 12 bulan yang lalu, namun perlu stabil di atas 60 mata untuk kekal “bullish”. Ramai penganalisa melihat perkembangan terbaru rundingan dagang AS-China ini akan menjadi kunci kepada trend dalam dagangan dan pelaburan.

Kenyataan mengejut Amerika Syarikat tentang rundingan lanjut di Beijing, China menunjukkan kesungguhan AS untuk menyelesaikan masalah terma dagangan antara kedua-dua negara. Namun, dengan sedikit sejarah dimana ianya berbolak-balik menyebabkan pasaran masih mengambil sikap berhati-hati dan menjual Dolar AS pada minggu lepas.

Sehingga hari ini, prestasi tahunan pasaran saham utama berbanding minggu lepas adalah seperti berikut:

AS & Kanada – Nasdaq (+31.49%), S&P500 (+24.44%), Dow (+20.09%), TSX (+18.80%) Eropah – SMI (+22.75%), EuroStoxx (+23.44%), DAX (+25.08%), FTSE UK (+8.61%) Asia/Australia – Nikkei (+17.00%), HangSeng (+3.23%), KLCI (-5.10%), ASX (+19.84%).

(Baca pandangan minggu ke-46 disini)

 

Pandangan Mingguan

Minggu ke-47 dijangka sedikit sepi dengan kebanyakan pengurus dana dijangka membuat rebalancing untuk akhir bulan dan bersedia untuk bercuti Hari Kesyukuran pada Jumaat depan. Aktiviti dagangan dijangka akan banyak dipenuhi dengan “hedging” untuk memastikan riisko portfolio terkawal, terutamanya dengan pasaran saham AS yang kini berada pada paras tertinggi dalam sejarah.

Perhatian utama dijangka akan diberikan kepada minit mesyuarat FOMC dan juga minit mesyuarat RBA serta ECB, disamping beberapa laporan ekonomi dari Eropah dan Amerika Utara.

Amerika Syarikat & Kanada

Pulangan bon AS yang merudum dan ketidaktentuan tentang kejayaan rundingan dagang AS-China menyebabkan pelabur menjual Dolar AS pada minggu lepas. Dolar AS lebih banyak disokong oleh Dolar Kanada berbanding Yen dan Swiss. Pada paras 97.80 mata, indeks Dolar (DXY) kini berada di persimpangan, sama ada ia akan melonjak atau pun meneruskan kejatuhan seterusnya.

Dengan indeks perkilangan Philadelphia yang dijangka meningkat dari 5.6 kepada 7.0 mata dan jualan rumah sedia ada yang juga dijangka meningkat dari 5.38 juta kepada 5.47 juta, disamping minit mesyuarat FOMC yang dijangka sedikit “hawkish” Dolar dilihat bakal membuat lonjakan sebelum minggu ini menutup.

Matawang komoditi, CAD dijangka disokong oleh laporan inflasi tahunan yang stabil pada 1.9% dan jualan runcit teras yang dijangka meingkat dari 0.2% di bawah sifar kepada 0.1%; namun dengan harga minyak mentah yang terumbang-ambing dan sentimen perang dagang AS-China yang masih hanya impian ia dijangka terus tertekan.

Eropah

Euro seakan mendapat lonjakan awal pada minggu lepas apabila laporan KDNK Jerman untuk suku ketiga dijangka berkembang dari 0.2% di bawah sifar kepada 0.1% dan indeks perkilangan Jerman yang dijangka meningkat dari 42.1 kepada 43 mata. Pasaran juga dijangka memberikan perhatian penuh kepada ucapan Presiden baru ECB, Puan Christine Lagarde pada hari Jumaat selepas minit dan akaun mesyuarat terbaru ECB pada hari Khamis.

Pound terus dikuasai oleh sentimen pilihanraya UK yang bakal diadakan pada 12 Disember. Laporan ekonomi yang mengecewakan pada minggu lepas seakan tidak memberi kesan kepada matawang Queen itu, apabila ia terus memacu naik melepasi paras $1.29. Dengan Parti Konservatif yang kini mendahului, Pound dilihat akan terus mendapat bidaan.

Ketiadaan laporan berimpak tinggi dari Switzerland dan sentimen pasaran yang semakin pulih dijangka akan terus mengurangkan “net-long” Swiss di pasaran hadapan.

Asia/Australia

Sentimen rundingan dagang AS-China yang masih tidak menentu dijangka terus menekan Aussie, walaupun minit mesyuarat RBA yang terbaru menunjukkan Bank Pusat Australia itu masih yakin dengan keadaan ekonomi semasa dan tidak perlu menurunkan kadar faedah dalam masa terdekat. Ini dijangka akan mengapungkan Aussie.

Ketiadaan laporan berimpak tinggi dari New Zealand dijangka akan menaikkan kadar tukaran AUD/NZD. Permintaan untuk safe-haven Yen pula dilihat akan lebih bergantung kepada sentimen pasaran semasa disamping laporan inflasi tahunan Jepun yang dijangka meningkat dari 0.2% kepada 0.3% yang dilihat akan mengukuhkan Yen.

Saham

Pelabur dijangka terus memberikan perhatian kepada syarikat-syarikat Amerika Utara dan Eropah yang melaporkan pendapatan suku ketiga disamping syarikat-syarikat Asia yang masih dalam fasa laporan kewangan terkini. Sentimen yang semakin pulih dijangka mendorong pelabur jangka pendek membida, walaupun pelabur jangka panjang dilihat lebih berminat untuk mencairkan pegangan belian mereka.

Pelabur Amerika Syarikat dan Kanada dijangka berminat dengan saham-saham seperti Home Depot (HD), Medtronic (MDT), TJX (TJX), Transdigm (TDG), Konis Corp (KSS), Lowe’s (LOW), Target (TGT), NetEase (NTES), Copart (CPRT), Metro Inc (MRU), Intuit (INTU), Ross Stores (ROST), Gap (GPS), Macy’s (M), L Brands (LB) dan JM Smucker (SJM).

Pelabur UK dan Eropah pula dijangka berminat dengan saham-saham seperti Exor (EXOR), Econocom (ECON), Ashmore (ASHM), Prudential (PRU), Sage (SGE), United Utilities (UU), Johnson Matthey (JMAT), Severn Trent (SVT), Kingfisher (KGF), EasyJet (EZJ), Halma (HLMA), Faes Farma (FAE), Fidelity China (FCSS), Masmovil Ibercom (MASM), HomeServe (HSV), Entertainment One (ETO), Telecom Plus (TEP), Babcock (BAB), Rotork (ROR), dan Royal Mail (RMG).

Pelabur Asia, termasuk Australia dan New Zealand dijangka memberi perhatian kepada saham-saham seperti Spark NZ (SPK), Atlas Arteria (ALX), Samsung BiologicsĀ  (207940), Mirae Assets (006800), Macq Korea (088980), Tokio Marine (8766), MS&AD Insurance (8725), NKSJ (8630), CSPC Pharma (1093), Sino Biopharma (1117), Astra Otoparts (AUTO), Sampoerna Agro (SGRO), Dharma Satya (DSNG), Ace Hardware (ACES), MTAG (0213), GDB (0198), IFCAMSC (0023), XOX (0166), PUC (0007), dan AT (0072).

 

Selamat Berdagang dan Melabur!

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.