Berikut adalah laporan sentimen harian sepanjang minggu ke-46, 2019 yang lepas.

Jumaat, 15 November 2019.

BUY NZD AUD GBP EUR CAD USD CHF JPY SELL

Khamis, 14 November 2019.

BUY JPY GBP EUR CHF USD CAD NZD AUD SELL

Rabu, 13 November 2019.

BUY NZD CHF JPY USD EUR GBP AUD CAD SELL

Selasa, 12 November 2019:

BUY CHF JPY USD GBP CAD AUD EUR NZD SELL

Isnin, 11 November 2019:

BUY NZD GBP CHF EUR JPY USD CAD AUD SELL

 

Ulasan Mingguan

Minggu ke-46 menyaksikan perubahan sentimen secara mendadak apabila Amerika Syarikat dan China diberitakan akan meneruskan rundingan di Beijing pada minggu ini bagi memutuskan terma perjanjian perdagangan dan seterusnya memeterai perjanjian. Perkembangan ini menyebabkan CHF dan JPY yand awalnya lebih banyak dibeli daripada USD, kembali dijual pada hari Jumaat.

Namun begitu, ramai penganalisis melihat bahawa kekuatan USD berbanding CHF dan JPY yang tidak jauh berbeza pada hari Jumaat, hanyalah sentimen sementara dan tidak berpanjangan. Perkembangan terbaru itu tidak banyak membantu pasaran komoditi dan matawang komoditi AUD, NZD, dan CAD yang ternyata lebih banyak dijual berbanding EUR dan GBP. Pasaran masih mengambil sikap berhati-hati dalam hal ini.

Pelabur mengharapkan perjanjian AS-China ini akan dimeterai seawal Disember depan dan menjangka kenaikan harga minyak mentah. Namun dengan keadaan teknikal yang sudah pun terlebih beli, pembida tidak melihat harga semasa sebagai paras terbaik untuk masuk membeli. Dalam pada itu, perjanjian AS-China yang masih samar-samar juga, menyebabkan ramai pelabur lebih suka mengambil sikap tunggu dan lihat.

Sehubungan dengan itu, logam berharga emas masih terumbang-ambing dan berada dalam tekanan jualan pada hujung minggu lepas, apabila Rumah Putih mengeluarkan kenyataan terbaru tentang rundingan lanjut yang akan berlangsung di Beijing pada minggu ini.

 

Ulasan Matawang Utama

EUR/USD: Euro melonjak pada hari Jumaat selepas Dolar melemah kesan dari aktiviti mengambil untung belian dan pulangan bon AS yang merudum pada hari Rabu dan Khamis. Dalam pada itu, laporan KDNK dan sentimen ekonomi Jerman menunjukkan perkembangan yang lebih baik dari jangkaan.

Laporan komitmen trader sehingga 12 November, menunjukkan spekulator kembali mengurangkan net volume jualan EUR sebanyak 3,077 kepada 57,669 kontrak. Sehingga Jumaat lepas, “buy stop” UBS telah pun aktif dan mencapai sasaran.

 

GBP/USD:  Pound berjaya memecah rintangan utama pada minggu lepas apabila berita positif tentang pilihanraya England yang dijangka memihak kepada Parti Konservatif pimpinan Perdana Menteri Boris Johnson. Disamping itu, kelemahan menyeluruh Dolar juga menyebabkan matawang lain melonjak.

Laporan komitmen trader menunjukkan spekulator terus mengurangkan net volume jualan GBP sebanyak 902 kepada 28,133 kontrak pada 12 November. Sehingga Jumaat lepas, belian Citibank masih “aktif” dan SL telah dinaikkan kepada 1.2860 sementara UBS masih belum memasuki pasaran.

 

AUD/USD: Aussie mendapat lonjakan mendadak apabila AS dan China diberitakan akan memterai pejanjian seawal Disember ini. Spekulator kelihatan terus menambah kontrak belian matawang komoditi ini dengan strategi “buy-on-dip”.

Laporan komitmen trader sehingga 12 November menunjukkan spekulator kembali menambah net volume jualan AUD sebanyak 14,015 kepada 40,809 kontrak. Sehingga Jumaat lepas, Citibank masih belum memasuki pasaran.

 

USD/JPY: Dollar/Yen yang awalnya dijual, mendapat lonjakan apabila AS- dan China diberitakan akan meneruskan rundingan di Beijing pada minggu ini. Perjanjian dikatakan akan dimeterai seawal Disember depan dan ini memulihkan sentimen pasaran.

Laporan komitmen trader menunjukkan spekulator terus menambah net volume jualan JPY sebanyak 8,392 kepada 34,997 kontrak pada 12 November. Sehingga Jumaat lepas, jualan Citibank masih aktif dan “stop-loss” telah pun diturunkan kepada “breakeven”, sementara UBS pula masih belum memasuki pasaran.

 

USD/CHF: Dolar/Swiss yang awalnya tertekan kesan dari sentimen “risk-off” kembali dalam julat dagangan yang kecil pada hari Khamis dan Jumaat; apabila AS dan China akan meneruskan rundingan di Beijing pada minggu ini. Bank Pusat Switzerland juga mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sedia memasuki pasaran untuk menstabilkan nilai CHF yang kini dilihat terlebih nilai.

Laporan komitmen trader sehingga 5 November menunjukkan spekulator terus menambah net volume jualan CHF sebanyak 967 kepada 15,120 kontrak. CHF dijangka terus mendapat permintaan sekiranya sentimen pasaran kembali hambar.

 

USD/CAD: Dolar/CAD yang disokong sepanjang minggu lepas, akhirnya dijual pada hari Jumaat selepas matawang komoditi CAD mendapat lebihan permintaan lantaran pelabur yang menjangkakan AS dan China akan memeterai perjanjian perdagangan pada Disember depan.

Laporan komitmen trader menunjukkan spekulator kembali mengurangkan net volume belian CAD sebanyak 11,629 kepada 42,373 kontrak pada 12 November. Sehingga Jumaat lepas, Citibank masih belum memasuki pasaran, sementara belian UBS pula telah mencapai sasaran.

 

NOTA:

Analisa sentimen hanyalah satu dari tiga analisa utama dalam membuat keputusan dagangan. Trader dinasihatkan untuk melihat juga analisa fundamental dan teknikal sebelum berdagang. Baca lebih lanjut tentang analisa sentimen dan bagaimana menggunakannya disini