Sejujurnya hari ini tak tahu nak tulis apa. Diam tak diam dah masuk minggu ke-46 dan empat minggu lagi, kebanyakan pengurus dana akan mula bercuti atau sekurang-kurangnya merancang percutian akhir tahun mereka. Kepada yang dah capai target, seronoklah. Kepada yang masih belum capai target, masih ada masa lagi. Tapi hari ini, syukur saya dapat pergi menziarahi jenazah seorang saudara.

Melihat beliau membuatkan saya mengingati masa saya yang akan sampai juga suatu hari nanti. Setinggi mana sekali pun kita terbang, pasti akan mendarat juga. Jika dilayankan dagangan dan pelaburan, sampai bila-bila pun tidak akan habis. Jadi perlulah pandai mengurus aktiviti harian supaya tujuan hidup tidak menjadi sekadar untuk bekerja. Tetapi bekerja untuk meneruskan kehidupan.

Kepada trader dan pelabur baru, saya ucapkan selamat datang ke dunia kewangan dan berilah diri anda masa untuk berjaya. Sekiranya anda mempunyai kerjaya yang anda suka, boleh sahaja jadikan aktiviti pelaburan ini sebagai hobi sahaja. Saya pernah kenal seorang arkitek yang juga seorang pelabur separuh masa. Beliau memang minat melukis dan masih melukis dalam carta. Masih bekerja sebagai arkitek dan tidak merancang untuk berhenti kerja.

Apapun saya doakan supaya perjalanan anda dipermudahkan dan berjaya mencapai impian. Ohh, kepada yang mengikuti dagangan Citibank, bolehlah ambil sebahagian untung dan turunkan “stop loss” USD/JPY kepada “breakeven” dan syukur dagangan USD/CAD UBS┬átelah mencapai sasaran.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.