Pasaran seakan teruja dengan angka NFP untuk Oktober yang mencatatkan pertambahan sebanyak 128 ribu pekerjaan berbanding 89 ribu jangkaan dan angka sebelumnya juga disemak naik dari 136 ribu kepada 180 ribu. Namun melihat dengan lebih dalam, kenaikan ini tidak bermakna kerana kadar pengangguran, yang menunjukkan kesihatan sektor pekerjaan Amerika Syarikat secara keseluruhan, meningkat dari 3.5% kepada 3.6% seperti jangkaan.

Tambah merisaukan lagi, pendapatan purata sejam pada asas bulanan menurun (0.4% kepada 0.2%) lebih teruk dari jangkaan (0.3%); walaupun pada asas tahunan ianya stabila pada 3%. Jika melihat kepada trend pengangguran AS, ianya berada dalam trend menurun, tetapi angka-angka kebelakangan ini telah keluar dari trend tersebut.

Sekiranya kadar pengangguran terus meningkat kesan dari penguncupan ekonomi, inflasi juga dijangka meningkat kesan dari permintaan barangan pengguna yang akan terus wujud, walaupun ramai yang hilang pekerjaan.

Rancangan Dagangan/Pelaburan

Memandangkan hanya tinggal enam minggu sahaja lagi untuk berdagang, saya tiada mengambil instrumen baru dan masih mengekalkan pegangan belian dalam emas, perak, dan dagangan dari Citibank dan UBS; serta beberapa saham. Enam minggu yang tinggal akan saya gunakan untuk menguruskan dan menutup dagangan sedia ada dengan harga yang lebih baik.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.