Hari yang menjengkelkan bagi kebanyakan trader selepas mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas dan pengerusinya Jerome Powell memberikan komen yang “hawkish” tentang ekonomi AS. Namun ramai yang kurang perasan kata beliau bahawa Feds tidak akan menaikkan kadar faedah melainkan kadar inflasi naik dengan lebih signifikan.

Dolar memacu naik sebelum merudum semula selepas trader bon menjual lebih 40 ribu kontrak beberapa bon dengan pelbagai terma di pasaran hadapan. Salah satu “big player” membeli 43 ribu opsyen jualan bon 10 tahun dengan harga “strike” pada $128.00; sekaligus memberikan isyarat bahawa indeks Dolar (DXY) akan meneruskan kejatuhan seperti yang dijangkakan, sebelum menerima sokongan.

Sebelum daripada itu Bank Pusat Kanada mengumumkan pengekalan kadar faedah dan menurunkan jangkaan perkembangan ekonominya yang menyaksikan CAD dijual.

Rancangan Dagangan

Kepada anda yang mengikuti dagangan Citibank, bolehlah mengambil sebahagian untung belian GBP/USD dan AUD/USD serta menaikkan SL GBP/USD ke “breakeven” dan SL AUD/USD ke 0.6850 ataupun menutup pada 0.6900/20. Citibank juga telah mengaktifkan “sell limit” USD/JPY pada 109.25 dan “buy limit” USD/CAD pada 1.3050 dengan SL dan TP yang sama.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.