GBPUSD: Liquidity Pasaran Mula Seimbang – Sesi Asia 17 October 2019

0
292

GBPUSD dilihat melakukan kenaikan berterusan 5 hari selepas beberapa sentiment Brexit memasuki pasaran dalam julat yang agak besar. Liquidity pasaran juga dilihat sangat rendah, namun mula stabil selepas menguji 1.2900.

Teknikal Analisa

Gambar 1: Volume Profile GBPUSD di Timeframe Daily

Berdasarkan gambar 1, terdapat beberapa maklumat yang dapat dilihat iaitu:

  1. Terdapat aras resistance 1.2900 dan juga merupakan Point of Control (POC)
  2. 1.2900 adalah Big Round Number (BRN) yang merupakan psychology number yang berpotensi menarik minat big order masuk ke pasaran

Analisa Orderflow

Gambar 2 : Analisa orderflow menggunakan Bookmap Software

Berdasarkan gambar 2, terdapat beberapa pemerhatian dapat dibuat iaitu:

  • Point(1) : Kehadiran buyer 2250 Lot yang dilaporkan telah menyebabkan kenaikan yang berterusan menguji aras 1.2900.
  • Point(2) : Kumpulan seller mula hadir di aras ini sekitar 250-300 Lot pada jam sekitar 11.30 malam. Ini menyebabkan kenaikan mula terhenti.
  • Point(3) : Terdapat kumpulan kehadiran buyer yang sangat banyak di aras 1.2750 sekitar 500-1500 Lot.

 

Kesimpulan Analisa

Kenaikan GBPUSD dilihat mulaperlahan selepas liquidity pasaran mula stabil. Volume pasaran yang ditunjukkan di DOM sekitar 50-70 Lot berbanding beberapa hari lepas iaitu sekitar 30-40 Lot sahaja. Ini menandakan terdapat peningkatan liquidity pasaran di aras 1.2900 dan pasaran telah menemui fair price atau equilibrium price. Ini juga jelas menandakan kenaikan mula perlahan dan reaksi seller mula di lihat di aras 1.2900.

Liquidity buyer yang dapatdi lihat di aras 1.2700 merupakan liquidity pasaran yang perlu diuji. Liquidity 1.2700 mempunyai potensi tinggi untuk diuji jika aras 1.2900 gagal dipecahkan. Trader dinasihatkan supaya melihat aras 1.2900 sebagai information penting untuk membuat posisi pasaran.