GBPUSD : Kehadiran Buyer Menyokong Kenaikan Terbesar Tahun Ini – Sesi London 11 Oct 2019

0
273

GBPUSD menyaksikan kenaikan yang cukup ketara dengan kenaikan hampir 250 Pips. Ini didorong oleh informasi pasaran mengenai beberapa isu penting antaranya ialah:

  • Perdana Menteri UK iaitu Boris Johnson dan Irish Leo Varadkar telah menemui mencapai keputusan positif mengenai penyelesaian isu Brexit
  • Perkembangan positive Isu US-China semakin baik selepas President Trump memberikan gambaran yang jelas di Twitter beliau

Analisa Volume

Gambar 1: Market Volume Analisis bagi sampel tahunan

Berdasarkan gambar 1 , terdapat beberapa pemerhatian yang dapat dibuat iaitu:

  • Terdapat empat(4) Point Of Control (POC) iaitu di aras harga 1.2150,1.2330,1.2530 dan 1.2700
  • Terdapat dua resistance pasaran iaitu aras 1.2600 dan 1.2800

Point of Control atau POC adalah merupakan fair price untuk melakukan business transaksi antara buyer dan seller. POC seringkali di uji oleh Institution untuk mencari harga yang sesuai untuk melakukan transaksi.

 

Analisa Orderflow

Gambar 2: Orderflow GBPUSD sehingga jam 2pm

Berdasarkan gambar 2, terdapat beberapa pemerhatian iaitu:

  • Harga mula naik dan memecahkan sideway pasaran di aras 1.2250 dan naik sehingga 1.2500
  • Kenaikan mula terhenti selepas kehadiran volume transaksi yang mula melemah.
  • Terdapat kehadiran seller aras 1.2542 dan 1.2562 namun masih blm dapat diuji
  • Kehadiran buyer turut dilihat di aras 1.2326 sekitar 885 Lot

Kesimpulan Analisa

Kenaikan GBPUSD mula terhenti selepas volume transaksi mula perlahan.Namun , kehadiran buyer masih dapat dilihat di aras 1.2500. Kenaikan yang sangat tinggi ini dipengaruhi oleh buyer di pasaran. Pembetulan harga mungkin berlaku selepas pasaran seimbang. Trader dinasihatkan menunggu kehadiran seller yang lebih jelas sebelum pembetulan inventory dilakukan.