Antara yang menjadi perhatian ramai pengurus dana masa kini adalah indeks Dolar (DXY) di samping indeks saham utama seperti S&P500, Dow Jones, Nasdaq dan Russell. Baru-baru ini seorang pelabur lagenda Jim Rogers membuat kenyataan bahawa ketika ini nilai “fundamental” USD adalah sangat teruk sekali, namun ramai yang terus membeli Dolar. Malah beliau berkata mereka adalah tidak waras dan beliau juga tidak waras kerana membeli Dolar.

Kata-kata beliau itu mendorong saya menyemak indeks Dolar dan saya dapat melihat apa yang beliau maksudkan; terutamanya selepas minit mesyuarat FOMC. Jika dilihat pada carta bulanan dan mingguan, anda akan dapat perhatikan bahawa Dolar telah pun menyempurnakan lima gelombang motif “uptrend” (lihat carta bulanan) dan lima gelombang motif “downtrend” (carta di bawah). Kini ia sedang dalam pembetulan dan telah melepasi paras 61.8% dan sedang bersedia untuk menguji paras 78.6% sekitar 100.55 mata.

Dengan kata lain, pasaran menjangkakan Dolar akan mengukuh dalam beberapa minggu akan datang sebelum ianya melemah semula. Saya juga telah dapat perhatikan bahawa pengurus dana mula membuat persediaan untuk menjual Dolar. Malah laporan komitmen trader yang terbaru pada 1 Oktober lalu menunjukkan USD paling banyak dijual berbanding 7 matawang utama lain.

Rancangan Dagangan

Sekiranya Dolar AS (DXY) terus mengukuh dan menguji paras 100.55, pasangan matawang terbaik untuk dagangan ialah jualan EUR/USD kerana Euro merupakan 57.6% komponen DXY. Anda juga boleh menjual GBP/USD (11.9%), membeli USD/JPY (13.6%), USD/CAD (9.1%), USD/SEK (4.2%) atau USD/CHF (3.6%).

Melihat kepada carta 4 jam EUR/USD, terdapat tekanan jualan sekitar paras 1.1 dan pembetulan boleh mencapai 1.1020 atau lebih. Jualan boleh dilakukan pada nilai semasa, sekitar 1.0990 ketika artikel ini ditulis atau secara “sell stop” pada paras 1.0940 dengan SL pada 1.1 dan sasaran pada 1.0850

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.