Antara yang menjadi perhatian para pelabur ketika ini ialah rundingan dagang AS-China. Ramai para penganalisa yang menjangka ianya akan gagal seperti sebelumnya. Namun, tak kurang juga yang melihat ia berpotensi untuk berjaya. Sekurang-kurangnya Presiden Trump dan XI akan mencapai kata sepakat dalam beberapa hal penting dan kemudiannya akan berunding lagi untuk mencari kesepakatan dalam hal-hal yang lebih sensitif seperti subsidi kerajaan dan polisi perindustrian China.

Pandangan ini diutarakan kerana Presiden Trump sedang berdepan dengan pilihanraya pada tahun depan dan tidak mungkin beliau mahu hilang sokongan dari para pelabur. Malah Presiden AS itu seakan menjadikan indeks bursa saham sebagai salah satu kayu ukur kejayaan pemerintahannya. Itu tidak hairan memandangkan beliau terkenal sebagai seorang “business man” dalam rancangan “Apprentice”.

Untuk itu saya utarakan data-data berikut yang menunjukkan betapa para pelabur meletakkan harapan untuk kejayaan rundingan kali ini.

Komitmen Dealer

Komitmen Pengurus Dana/Institusi

Komitmen Dana Leveraj

Ringkasan

Jika dilihat kepada “% of open interest” atau minat belian/jualan untuk ketiga-tiga kategori pelabur ini dalam laporan komitmen trader pada Selasa minggu lepas, peratusan jualan jelas kurang (1.7+38.8+32.1=72.6) daripada peratusan belian (46.7+6.9+25.8=79.4) sebanyak 6.8% dan ini telah menahan nilai tukaran AUD/USD dari merudum dengan lebih jauh kerana pelabur masih meletakkan harapan terhadap kejayaan rundingan dagang ini.

Rancangan Dagangan

Melihat kepada carta 8 jam, besar kemungkinan “selling climax” telah pun berlaku pada hujung Ogos dan sekiranya trend belian berterusan, kebarangkalianya tinggi untuk Aussie membuat pacuan terutamanya apabila Presiden Trump mengumumkan kejayaan rundingan AS-China.

Saya melihat peluang belian sekiranya kadar tukaran Aussie jatuh ke paras 0.6700-0.6680/50 atau secara “buy stop” di atas pivot bulanan, sekitar 0.6785 dengan “stop loss” di bawah 0.6700 dan sasaran secara terbuka dengan lebih dari 2R. Perlu diingatkan dagangan ini lebih berisiko daripada biasa kerana lebih tergantung kepada keputusan rundingan dagang AS-China. Jadi pastikan ianya bukanlah dagangan terakhir anda.

 

NOTA:

Oleh kerana dagangan matawang yang bersifat dua hala dan kedudukan sebuah institusi boleh menjadi lebih dari satu kategori, maka campuran peratusan secara keseluruhan boleh menjadi lebih dari 100%.

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.