Ulasan Mingguan

Minggu ke-40 menyaksikan pasaran seakan kembali teruja selepas Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat mengumunkan bahawa AS dan China akan berunding semula pada 7 Oktober. Namun berita hujung minggu yang mengatakan bahawa China kini menghadkan topik perbincangan dan mengeluarkan perihal subsidi kerajaan dan polisi perindustrian menyebabkan pasaran bertukar wajah. Pasangan matawang “safe-haven” Yen membuka dengan “gap-down” memberikan gambaran “risk-off”.

Dalam pada itu, di Timur Tengah isu geopolitik semakin hangat apabila Iran mengatakan bahawa ia tidak akan tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat dan akan menggunakan segala jalan untuk mengeksport minyaknya. Protes di Timur Jauh, Hong Kong pula yang terus merebak sehingga kerajaan terpaksa menggunakan kuasa kecemasan, menyebabkan pasaran terus hambar dan tidak mengharapkan yang terbaik dari rundingan dagang AS-China.

Keseluruhan pasaran hadapan (+0.05%) menutup sedikit positif pada Jumaat lepas, dengan pacuan diketuai oleh indeks saham (+1.27%), tenaga/minyak (+0.29%) dan bon/kewangan (+0.15%); sementara bijirin (-0.06%), daging (-0.48%) dan barangan lembut (-0.66%) ketinggalan.

Di pasaran hadapan matawang pula, sentimen kelihatan berhati-hati dengan Peso Mexico (+0.52%), Dolar Australia (+0.37%) dan Swiss (+0.36%) memacu permintaan; sementara Dolar AS (-0.05%), dan Pound (-0.16%) hilang sokongan belian.

Indeks “CNN Fear & Greed” mengesahkan bahawa sentimen pasaran secara keseluruhan masih pesimis, apabila ia menutup pada 32 mata berbanding 52 mata pada seminggu yang lalu. Ini jelas lebih rendah dari 43 mata pada setahun yang lalu. Sekiranya sentimen mampu stabil di atas 28 mata, masih ada harapan untuk pasaran kembali optimis; walaupun itu dilihat tipis.

Pasaran dikejutkan dengan berita penaklukan Turki di utara Syria apabila tentera Amerika Syarikat berundur untuk memberi laluan kepada tentera Turki dalam menyelesaikan masalah perang yang tidak berkesudahan. Harga minyak melonjak lebih 2% ke sekitar $54 pada awal pagi New York atas kerisauan kekurangan bekalan sekiranya perang teluk merebak dengan lebih luas.

Sehingga hari ini, prestasi tahunan pasaran saham utama berbanding minggu lepas adalah seperti berikut:

AS & Kanada – Nasdaq (+22.67%), S&P500 (+17.79%), Dow (+13.90%), TSX (+14.95%) Eropah – SMI (+17.68%), EuroStoxx (+15.56%), DAX (+14.51%), FTSE UK (+6.99%) Asia/Australia – Nikkei (+6.80%), HangSeng (-0.10%), KLCI (-7.78%), ASX (+16.24%).

(Baca pandangan minggu ke-40 disini)

 

Pandangan Mingguan

Wajah pasaran yang membuka dengan “gap-down” pada pasangan matawang “safe-haven” Yen, memberikan gambaran bahawa tiada harapan baru diletakkan kepada rundingan dagang AS-China yang bermula minggu ini. Dengan China yang menghadkan topik perbincangan dan mengeluarkan perihal subsidi kerajaan dan polisi perindustrian China; ini dilihat sebagai satu kekalahan kepada Amerika Syarikat.

Isu Brexit yang juga menjadi perhatian pada bulan ini, bersama dengan perkembangan terbaru penaklukan Turki di Syria; dijangka akan terus membawa pasaran ke dalam tema perlindungan modal dalam beberapa minggu yang akan datang.

Amerika Syarikat & Kanada

Laporan NFP minggu lepas tidak banyak mengubah sentimen pasaran yang terus mengambil sikap berhati-hati apabila laporan terbaru bank-bank menunjukkan kedudukan 25 bank terbesar Amerika Syarikat dalam Indeks S&P500 telah pun berubah kepada “net-short”. Tekanan jualan di indeks saham utama ini dijangka akan memacu lebih permintaan untuk Dolar berbanding safe-haven CHF dan JPY.

Minggu yang sibuk buat AS dengan minit mesyuarat FOMC yang bakal menjadi perhatian pasaran disamping rundingan dagang bersama China. Laporan inflasi tahunan dijangka naik sedikit, dari 1.7 kepada 1.8%, walaupun inflasi teras dijangka stabil pada 2.4%. Peluang pekerjaan dijangka menurun dari 7.217 juta kepada 7.191 juta dan sentimen penguna dijangka lemah dari 93.2 kepada 92 mata.

Dolar Kanada mungkin terkesan dengan kenaikan harga minyak, namun dengan sektor pekerjaan Kanada yang dijangka hanya menambah 10 ribu pekerjaan berbanding 81,100 pada sebelumnya; ia mungkin akan terus tertekan. Terdapat-desas-desus yang Bank Pusat Kanada akan menurunkan kadar faedah dalam masa terdekat dan ini semestinya melemahkan CAD.

Eropah

Pound dijangka lemah dengan laporan KDNK tahunan yang dijangka menguncup dari 1% kepada 0.9% dan KDNK bulanan yang dijangka turun kepada sifar, walaupun purata tiga bulan dijangka naik kepada 0.1%. Indeks pembinaan, perkilangan dan industri semuanya dijangka turun dan ini dilihat akan terus menekan Pound di samping isu Brexit yang masih menjadi igauan pelabur.

Ketiadaan laporan berimpak tinggi dari Zon Ekonomi Eropah dijangka akan menekan Euro.

Asia/Australia

Tiada laporan ekonomi berimpak tinggi dari Australia/New Zealand dan Jepun minggu ini selain dari laporan kestabilan kewangan Australia yang dijangka menarik perhatian pasaran dalam mendapatkan pandangan pelaburan untuk benua Australia.

Saham

Syarikat Australia, Jepun dan Korea Selatan kini semakin rancak dalam melaporkan pendapatan suku kedua dan pembayaran dividen diteruskan untuk minggu ke-lima dan ini semestinya menarik perhatian pelabur. Saham-saham defensif, REIT dan aset “safe-haven” dijangka akan terus mendapat permintaan, disamping saham-saham dalam industri baru yang berpotensi. Tidak lupa juga pelaburan alternatif lantaran pencairan ekuiti yang dilakukan oleh pelabur jangka panjang.

Pelabur Amerika Syarikat dan Kanada dijangka berminat dengan saham dan ETF seperti Exxaro Resources (EXXAY), EaglePoint Cred (ECC), Centrica (CPYYY), Virtus (ZF), Mobilnye (MBT), AllianzGI (NCV), Global Net Lease (GNL), Pimco Global (PGP), KKR Income (KIO), Prudential Global (GHY), Reitmans Canada (RET), Bombardier (BBD), Power Financial (PWF) dan AT&T (T).

Pelabur UK dan Eropah pula dijangka berminat dengan saham dan ETF seperti Fair Oaks (FAIR), Centrica (CNA), SQN Asset (SQNS), Ted Baker (TED), Centaur (CAU), HSBC (HSBA), Shore Capital (SGRS), City of London (CLIG), Blackrock Latin (BRLA), ICG (LBOW), European Assets (EUNZ), BMO Commercial (BCPT), Middlefield Canadian (MCT), Close Brothers (CBRO), Andrew Sykes (ANSY), Primary (PHP), Deutsche Bank (DBK), Infineon (IFX), Deutsche Telekom (DTE), dan Lufthansa (LHA).

Pelabur Asia, termasuk Australia dan New Zealand dijangka memberi perhatian kepada saham-saham seperti Harvey Norman (HVN), Iluka Resources (ILU), Hankuk Carbon (017960), Samjin Pharma (005500), KH Vatec (060720), JFront Retail (3086), Aeon (8267), Fast Retail (9983), Yaskawa Electric (6506), Sinotruk HK (3808), HKEX (0388), Bank Rakyat Persero (BBRI), Energy Mega (ENRG), Petrosea (PTRO), Pakuwon Jati (PWON), GPacket (0082), EduSpec (0107), SDS (0212), Sumatec (1201), Armada (5210), BJ Corp (3395), Inari (0166), Seacera (7073), dan KomarkĀ  (7017)

 

Selamat Berdagang dan Melabur!

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.