Berikut adalah laporan sentimen harian sepanjang minggu ke-40, 2019 yang lepas.

Jumaat, 4 Oktober 2019.

BUY NZD AUD GBP JPY CHF EUR CAD USD SELL

Khamis, 3 Oktober 2019.

BUY NZD AUD JPY GBP EUR USD CHF CAD SELL

Rabu, 2 Oktober 2019.

BUY JPY EUR NZD CHF GBP USD AUD CAD SELL

Selasa, 1 Oktober 2019:

BUY CAD JPY USD EUR GBP CHF NZD AUD SELL

Isnin, 30 September 2019:

BUY CAD GBP USD AUD EUR JPY CHF NZD SELL

 

Ulasan Mingguan

Sentimen bercampur-campur diteruskan pada Minggu ke-40, dengan kali ini matawang komoditi AUD dan NZD kembali lebih banyak dibeli berbanding CAD. Dalam pada itu pembelian matawang “safe-haven” JPY dan CHF yang lebih banyak dari USD menunjukkan seolah pasaran tidak menjangkakan rundingan dagang AS-China yang bakal bermula pada minggu ini, mampu mencapai kejayaan.

Minggu ke-40 juga menyaksikan matawang GBP lebih kukuh dari EUR, walaupun perbezaannya sedikit. Rancangan parlimen Britain yang mahu melanjutkan tempoh Brexit selepas hujung bulan ini, dilihat menyokong belian untuk Pound, disamping keputusan untuk tidak meninggalkan blok ekonomi Eropah tanpa sebarang perjanjian. Namun begitu, parlimen Eropah terus bertegas tidak akan membuka semula perjanjian kerana ianya telah pun termeterai dan itulah yang terbaik untuk Britain.

Sentimen “risk-off” ini mendorong kenaikan semula harga emas yang menutup di atas paras $1,500 pada minggu lepas. Sekiranya rundingan dagang AS-China gagal sekali lagi, emas dilihat mampu meneruskan pacuan seterusnya. Namun sekiranya Presiden AS membuat keputusan untuk memberi muka kepada China pada kali ini demi untuk kestabilan ekonomi dunia dan kempen pilihanraya presiden pada tahun depan; Dolar mampu membuat pacuan kejutan.

Sehubungan dengan itu, harga minyak juga dijangka meningkat kesan dari sentimen pasaran yang melihat lebihan permintaan dan kurangnya penawaran, kesan dari risiko geopolitik yang dilihat semakin genting di timur tengah. Walaupun itu dilihat tipis dengan harga minyak yang terus merudum untuk tiga minggu berturut-turut.

 

Ulasan Matawang Utama

EUR/USD: Euro yang tertekan di awal minggu, kembali melonjak selepas laporan perkilangan dan perkhidmatan Amerika Syarikat dilaporkan menguncup dan Dolar dijual. Namun dengan laporan NFP yang dilihat sedikit memberansangkan, apabila kadar pengangguran menurun, ianya boleh memacu kembali permintaan untuk Dolar.

Laporan komitmen trader sehingga 1 Oktober, menunjukkan spekulator menambah net volume jualan EUR sebanyak 5,256 kepada 65,978 kontrak. Namun ini masih kurang daripada kontrak jualan pada 17 September sebanyak 68,559. Sehingga Jumaat lepas, UBS masih belum memasuki pasaran, setelah jualan sebelumnya mencapai sasaran.

 

GBP/USD:  Pound kelihatan terus mendapat sokongan belian sepanjang minggu lepas, kecuali hari Selasa apabila kelemahan Dolar yang disebabkan laporan perkilangan dan perkhidmatan Amerika Syarikat dilaporkan menguncup, menyebabkan matawang simpanan dunia itu hilang sokongan belian.

Laporan komitmen trader menunjukkan spekulator terus mengurangkan net volume jualan GBP sebanyak 3,703 kepada 77,092 kontrak pada 1 Oktober. Sehingga Jumaat lepas, “buy stop” Citibank telah pun aktif pada 3/10, sementara UBS pula telah memasuki pasaran sekitar 1.2280 dengan SL 1.22 dan sasaran pada 1.2480.

 

AUD/USD: Aussie yang tertekan di awal minggu, kembali dibida pada Khamis dan Jumaat atas kelemahan Dolar disamping sentimen pasaran yang masih mengharapkan rundingan dagang AS-China yang berjaya pada minggu ini. Namun Aussie membuka dengan “gap-down” apabila China dilaporkan telah menghadkan topik perbincangan dan mengeluarkan perihal polisi subsidi kerajaan dan reformasi industri China.

Laporan komitmen trader sehingga 1 Oktober menunjukkan spekulator terus menambah net volume jualan AUD sebanyak 5,147 kepada 52,302 kontrak. Namun ini masih kurang daripada kontrak jualan pada 3 September sebanyak 59,318. Sehingga Jumaat lepas, jualan Citibank masih aktif.

 

USD/JPY: Sentimen menunjukkan Dolar/Yen yang dibida pada awal minggu, kembali tertekan selepas laporan perkilangan dan perkhidmatan AS dilaporkan terus menguncup. Indeks perkilangan dilaporkan terus menguncup dibawah 50 mata sementara indeks perkhidmatan pula turun dari 56.4 kepada 52.6 mata.

Laporan komitmen trader menunjukkan spekulator kembali menambah net volume belian JPY sebanyak 1,134 kepada 13,917 kontrak pada 1 Oktober. Sehingga Jumaat lepas, “sell limit” Citibank masih aktif; sementara UBS masih belum memasuki pasaran.

 

USD/CHF: Dolar/Swiss kelihatan lebih banyak dibida kecuali pada hari Rabu dan Jumaat, selepas pasaran terkesima dengan laporan perindustrian dan perkhidmatan AS yang dikatakan semakin lemah. Dengan sentimen pasaran yang bertambah baik, USD dijangka terus mendapat permintaan berbanding “safe-haven” CHF yang berkadar negatif.

Laporan komitmen trader sehingga 1 Oktober menunjukkan spekulator terus menambah net volume jualan CHF sebanyak 983 kepada 11,535 kontrak. CHF dijangka kembali mendapat permintaan sekiranya sentimen pasaran kembali hambar.

 

USD/CAD: Sentimen menunjukkan Dolar/CAD terus tertekan sepanjang minggu kecuali pada hari Rabu dan Khamis, apabila Dolar melemah kesan dari laporan perkilangan dan perkhidmatan AS yang menguncup. Namun dengan harga minyak yang terus merudum selama tiga minggu, CAD terus tertekan.

Laporan komitmen trader menunjukkan spekulator kembali menambah net volume belian CAD sebanyak 1,735 kepada 6,327 kontrak pada 1 Oktober. Sehingga Jumaat lepas, belian Citibank masih aktif dan UBS pula masih belum memasuki pasaran.

Selamat Berdagang dan Melabur!

 

NOTA:

Analisa sentimen hanyalah satu dari tiga analisa utama dalam membuat keputusan dagangan. Trader dinasihatkan untuk melihat juga analisa fundamental dan teknikal sebelum berdagang. Baca lebih lanjut tentang analisa sentimen dan bagaimana menggunakannya disini