Tiada siapa akan menafikan kalau dikatakan bahawa sektor pekerjaan Amerika Syarikat kini dalam trend menurun. (Baca Lanjut). Angka terbaru sektor pekerjaan kolar putih, atau lebih dikenali dengan NFP (Non-Farm Payroll) untuk September yang disiarkan Jumaat lalu, menunjukkan pertambahan pekerjaan sebanyak 136 ribu, berbanding jangkaan sebanyak 145 ribu. Walaupun angka 130 ribu sebelumnya disemak naik kepada 168 ribu; ianya masih rendah daripada 193 ribu untuk bulan Jun. Apapun pasaran pasti teruja melihat kadar penganguran menurun dari 3.7% kepada 3.5%.

Dalam pada itu pendapatan purata sejam bulanan tidak berubah, sekitar $28.09/sejam, dan pada asas tahunan, ianya naik 4 sen kepada $23.65. Jelas perbezaan pada asas bulanan dan tahunan ini menunjukkan sektor pekerjaan AS yang semakin lemah kesan dari aktiviti ekonomi yang semakin menguncup. Namun, adakah ini bermakna USD akan terus melemah dalam masa terdekat? Kerana perlu diingatkan bahawa permintaan dan penawaran USD bukanlah tertakluk kepada sektor pekerjaan dan ekonomi AS semata-mata.

Sebagai matawang simpanan dunia dan juga sebutharga bagi kebanyakan komoditi, ianya mempunyai nilai yang tersendiri. Walaupun banyak negara kini semakin menjauh dari USD, ianya tidak akan hilang permintaan dalam masa terdekat. (Baca Lanjut).

Rancangan Dagangan

Melihat kepada carta 8 jam, terdapat tekanan jualan pada hujung Julai hingga ke hujung Ogos dan minggu lepas (40) menyaksikan satu lagi tekanan jualan yang dijangka memaksa “buyer” berundur ke paras yang lebih rendah.

“Day trader” dijangka mengambil peluang kenaikan hingga ke “confluence” sekitar pivot bulanan (~107.50/80) sebelum “swing trader” dijangka memasuki semula pasaran sekiranya paras psikologi 108.00 dipertahankan dengan “stop loss” sekitar 108.60 dan sasaran 106.00/105.80.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.