Dalam seminggu dua ini berita tentang krisis kecairan yang berlaku dalam industri perbankan Amerika Syarikat menjadi antara topik hangat dalam Eikon. Ramai yang kata mereka dah nampak lama akan perkara ini bakal berlaku, sama seperti masa krisis kewangan tahun 2008 dahulu. Masa itu Lehman Brothers dan Bear Stearns masih wujud dan itulah petanda awal sebelum pasaran merudum pada musim luruh 2008.

Apapun ramai pengurus dana yang semakin galak mencairkan pegangan ekuiti mereka dan memasuki pasaran matawang untuk membeli matawang asing bagi kemasukan ke pasaran ekuiti negara tersebut. Tiga matawang tarikan yang dapat saya lihat ialah Ruble Russia, Lira Turki dan juga Rupiah Indonesia. Dengan kemasukan dana asing ke pasaran saham Asia, secara tidak langsung pasaran saham Malaysia akan mendapat tempias juga. Berikut adalah 10 saham murah yang mendapat bidaan tertinggi hari ini (2/10) di Bursa Malaysia (BSKL).

Anda bolehlah melakukan analisa lanjut – teknikal dan fundamental – sebelum membuat sebarang keputusan membeli mahupun menjual. Apa yang boleh saya katakan bahawa dana asing sedang mencari jalan untuk keluar dari pasaran ekuiti mereka. Jepun antara destinasi pilihan, namun dengan kadar pulangan negatif, ianya agak menjengkelkan.

Anda mungkin bertanya, jika dana asing masuk Malaysia, mengapa indeks KLCI masih negatif berminggu-minggu? Ya, memang pasaran saham Malaysia agak lembap kerana pelabur asing masih sangsi dengan kestabilan politik Malaysia. Dengan perubahan politik yang berlaku baru-baru ini dan juga skandal serta isu semasa, pelabur lebih terarah kepada Indonesia dan juga Singapura.

Namun begitu, masa terbaik membeli adalah ketika ada diskaun. Dan inilah masa diskaun di pasaran saham Malaysia. Saham-saham yang pernah menjadi “blue chip” seperti MNC, Sapura, Berjaya dan banyak lagi kini diburu pelabur asing. Anda bagaimana?

 

NOTA:

Pada akhir nama saham, WB menunjukkan ianya waran belian, PA pula bermaksud saham kelas A (Class A preferred shares), dan [S] bermaksud patuh Syariah.

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.