GOLD: Seller Terus Bertahan di Aras Penting – Pasca FOMC 19 Sep 2019

0
639

Gold menyaksikan penurunan sebelum FOMC Statement di mana Fed telah memotong interest rates untuk mengekalkan perkembangan ekonomi.

Gambar 1 di bawah menunjukkan pergerakan GOLD pada Sesi 18 September 2019 dari jam 2PM.

Gambar 1 : Orderflow Gold dari jam 2PM yang direkodkan

Beberapa pemerhatian dapat diperhatikan iaitu:

  • Point 1: Terdapat kehadiran liquidity seller sekitar 200-250 Lot menahan aras 1520$ – 1515$. Juga terdapat penyerapan order oleh seller dan menyebabkan harga gagal untuk dipecahkan
  • Point 2: Buyer mula keluar dari pasaran selepas selesai menahan harga aras 1504$.
  • Point 3: Menjelang FOMC, terdapat kehadiran buyer aras1490$ sekitar 400 Lot. Ini menyebabkan harga mula perlahan dan melakukan kenaikan.

Kesimpulan Analisa

Aras 1520$ dilihat gagal menarik minat buyer untuk membuat posisi pasaran selepas berlaku penyerapan order. Pengujian aras ini berlaku sebanyak dua kali , namun tetap gagal untuk dipecahkan dalam pasaran. Secara kesimpulan, gold boleh terus melakukan penurunan jika aras penting support 1490$ berjaya dipecahkan. Trader dinasihatkan menunggu sedikit pembetulan harga dan kemasukan seller sebelum membuat posisi.