Ulasan Mingguan

Sentimen pasaran yang semakin pulih pada minggu lepas dikejutkan pada hujung minggu, apabila serangan dilaporkan ke atas pusat pemprosesan minyak milik Arab Saudi yang membekalkan lebih 5% bekalan minyak dunia. Serangan tersebut menyebabkan harga minyak membuka dengan “gap-up” dan melonjak lebih 20%, sebelum kebanyakan negara mengatakan mereka mempunyai simpanan yang cukup untuk menghadapi krisis tersebut.

Indeks Dolar yang terus menutup di bawah paras 98.50 mata untuk dua minggu bertutut-turut dan serangan tersebut menyebabkan ia kembali melonjak di atas paras 98.50; apabila aliran “safe-haven” menyebakan Dolar terus dibida.

Pasaran hadapan secara keseluruhan (+0.74%) memacu naik pada Jumaat lepas, dengan pacuan diketuai oleh minyak (+5.27%) dan daging (+1.29%); sementara indeks saham (-0.69%) dan barangan lembut (-0.13%) hilang permintaan.

Di pasaran hadapan matawang pula, sentimen bercampur-campur jelas apabila matawang komoditi Dolar Kanada (+0.35%) mendapat permintaan di samping Yen (+0.30%) dan Swiss (+0.26%); sementara Dolar AS (-0.09%), Pound (-0.10%) dan Peso Mexico (-0.14%) menghadapi tekanan jualan.

Indeks “CNN Fear & Greed” yang menutup pada 68 mata Jumaat lalu, walaupun lebih baik dari 35 mata seminggu lalu dan 21 mata sebulan lalu; ianya masih di bawah 72 mata pada setahun yang lalu, sekaligus menunjukkan pasaran yang masih belum yakin dengan perkembangan ekonomi yang akan terus positif. Pilihanraya Amerika Syarikat pada November tahun depan dilihat sebagai penanda aras utama arah pasaran selanjutnya.

Minggu lepas, pasaran sedikit terkejut dengan ekonomi UK dan produksi perkilangan yang berkembang lebih baik dari jangkaan. Angka sektor pekerjaan yang menunjukkan pengurangan pengangguran dan indeks pendapatan yang lebih baik juga menyebabkan Pound menjadi matawang dengan prestasi terbaik pada minggu lepas. Dalam pada itu, dengan konflik terbaru di Arab Saudi, aliran “safe-haven” dijangka terus meningkat.

Sehingga hari ini, prestasi tahunan pasaran saham utama berbanding minggu lepas adalah seperti berikut:

AS & Kanada – Nasdaq (+23.90%), S&P500 (+19.53%), Dow (+16.09%), TSX (+16.99%) Eropah – SMI (+18.11%), EuroStoxx (+17.23%), DAX (+17.25%), FTSE UK (+8.82%) Asia/Australia – Nikkei (+9.86%), HangSeng (+4.95%), KLCI (-5.28%), ASX (+18.19%).

(Baca pandangan minggu ke-37 disini)

 

Pandangan Mingguan

Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat pada minggu ini akan menjadi tarikan utama pasaran, dan kebarangkalian untuk penurunan kadar faedah yang merosot; menunjukkan pasaran yang hilang keyakinan dengan langkah Feds untuk menurunkan kadar faedah pada minggu ini. Dolar dijangka memacu naik sekiranya Feds mengekalkan kadar semasa.

Sekiranya ini berlaku, pasaran saham dijangka akan menghadapi kejatuhan teruk dan aset “safe-haven” tradisi dan saham-saham defensif serta pelaburan alternatif akan mendapat permintaan tinggi.

Amerika Syarikat & Kanada

Walaupun angka ekonomi Amerika Syarikat seperti jualan rumah (dijangka turun dari 5.42 kepada 5.37 juta unit), indeks perkilangan Philadelphia (dijangka turun dari 16.8 kepada 11 mata) dan permit bangunan (dijangka turun dari 1.317 kepada 1.3 juta kelulusan) semuanya dijangka lemah; keyakinan pasaran yang semakin merosot dengan penurunan kadar faedah pada bulan ini dilihat mengapungkan Dolar.

Dolar Kanada dijangka terus terumbang-ambing dengan jualan runcit yang dijangka lemah dari 0.9% kepada 0.3%; walaupun inflasi tahunan yang dijangka stabil pada 2% dan lonjakan harga minyak mampu memberi sokongan belian untuk CAD.

Eropah

Pound bakal menghadapi minggu yang penting dengan keputusan mesyuarat kadar faedah yang dilihat tidak diperdulikan, namun minit mesyuarat MPC Bank Pusat England dijangka menjadi perhatian pelabur yang mahu mengetahui rancangan BoE pasca Brexit. Dalam pada itu, jualan runcit yang dijangka merudum dari 0.2% kepada 0.2% di bawah sifar dan inflasi yang dijangka turun dari 2.1% kepada 1.9% dilihat akan mengekang sebarang kenaikan lanjut untuk Pound.

Euro dijangka mendapat bidaan dari akaun jangka pendek kesan dari inflasi tahunan yang dijangka stabil pada 1% dan sentimen ekonomi Jerman yang dijangka lebih baik dari -44.1 kepada -38.0; walaupun akaun jangka panjang dilihat akan terus menjual Euro.

Bank Pusat Switzerland akan mengadakan mesyuarat penilaian polisi kewangan mereka pada minggu ini dan ia dijangka berjalan seperti biasa tanpa sebarang perubahan.

Asia/Australia

Minggu yang sedikit sibuk untuk Asia, apabila pasaran dijangka memberikan perhatian kepada minit mesyuarat Bank Pusat Australia (RBA) dan mesyuarat kadar faedah Bank Pusat Jepun (BoJ). Dalam pada itu, laporan ekonomi suku kedua untuk New Zealand yang dijangka menguncup dari 0.6% kepada 0.4%; dilihat akan menyebabkan Kiwi terus tertekan, melainkan ianya lebih baik dari jangkaan.

Saham

Pembayaran dividen diteruskan untuk minggu kedua dan ini dijangka menarik perhatian pelabur jangka panjang disamping beberapa syarikat Asia/Australia yang akan melaporkan pendapatan mereka untuk suku kedua. Saham-saham defensif, REIT dan aset “safe-haven” dijangka akan terus mendapat permintaan.

Pelabur Amerika Syarikat dan Kanada dijangka berminat dengan saham dan ETF seperti Tailored Brands (TLRD), Vector (VGR), Rivernorth (RIV), Pennant Park (PNNT), Center Coast (CEN), FS KKR Capital (FSK), New York Mortgage (NYMT), Ensign Energy (ESI), Woolworth Holdings (WLWHY), Herzfeld Carribean (CUBA), Canoe EIT (EIT), Oxford Lane (OXLC), Salem Media (SALEM) dan Oxford Square (OXSQ).

Pelabur UK dan Eropah pula dijangka berminat dengan saham dan ETF seperti Harworth Group (HWG), Filta Group (FLTA), Dart Group (DTG), Luceco (LUCEL), Anexo Group (ANXA), Crest Nicholson (CRST), Petrofac (PFC), TwentyFour Select (SMIF), Airea (AIEA), Epwin Group (EPWN), Old Mutual (OMU), Henderson High Income (HHI), Chelvertov (SDV), Aberdeen Standard (ASLI), 888 Holdings (888), Bakkavor (BAKK), City Merchants (CMHY), Property Franchise (TPFG), Redrow (RDW), dan JPMorgan GI (JGCI).

Pelabur Asia, termasuk Australia dan New Zealand dijangka memberi perhatian kepada saham-saham seperti New Hope Corp (NHC), Brickworks (BKW), Washington Soul (SOL), Premier Investments (PMV), Bank of Queensland (BOQ), UEX (9888), Geostr (5282), Japan Tobacco (2914), Agile Group (3383), Lifestyle (1212), China Merchants (0133), VTec (0303), China Lilang (1234), BFI Finance (BFIN), PetroSea (PTRO), Total Bangun Persada (TOTL), Melewar Industries (3778), Seal Inc (4286), Ewein (7249) ARB Berhad (7181), Public Packages (8273), Thong Guan (7034), MB World (7189), dan EA Technique (5259)

 

Selamat Berdagang dan Melabur!

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.