Berikut adalah laporan sentimen harian sepanjang minggu ke-37, 2019 yang lepas.

Jumaat, 13 September 2019.

BUY GBP CHF EUR JPY USD AUD CAD NZD SELL

Khamis, 12 September 2019.

BUY CHF EUR USD AUD GBP JPY NZD CAD SELL

Rabu, 11 September 2019.

BUY USD CHF AUD GBP CAD JPY EUR NZD SELL

Selasa, 10 September 2019:

BUY GBP CAD USD AUD NZD CHF EUR JPY SELL

Isnin, 9 September 2019:

BUY GBP EUR AUD USD CAD NZD JPY CHF SELL

 

Ulasan Mingguan

Seperti yang dijangkakan ramai penganalisis, pemulihan sentimen yang berlaku pada minggu ke-37 hanyalah satu rebound dalam mengambil untung jualan dan bukanlah satu perubahan sentimen yang kekal serta pasaran masih dalam mood berhati-hati. Ini jelas apabila matawang safe-haven JPY, walaupun lebih banyak dijual, USD dan CHF masih lebih banyak dibeli sepanjang mingg lepas.

Dalam pada itu matawang komoditi NZD mengalami tekanan jualan sepanjang minggu, disamping CAD yang hanya lebih banyak dibeli pada hari Selasa sahaja. Permintaan untuk AUD dilihat sebagai korelasi kepada permintaan untuk emas yang terus mengalami bidaan dalam kejatuhan. AUD juga mendapat tempias kesan dari sentimen positif dari rundingan dagang AS-China yang dijangka bermula bulan depan disamping “short-covering”.

GBP mendapat sokongan belian pada minggu lepas, berbanding EUR yang mengalami kejatuhan apabila ECB menurunkan kadar deposit; kesan dari laporan ekonomi UK yang menunjukkan penguncupan ekonomi tidaklah seteruk yang dijangkakan. Malah ramai penganalisis melihat isu Brexit telah pun difaktorkan sepenuhnya ke dalam nilai Pound.

Pulangan bon jangka pendek AS 3 bulan terus melebihi 2, 5 dan 10 tahun sepanjang minggu lepas; sekaligus memberikan isyarat pasaran bon yang sedang bersedia untuk kejatuhan pasaran saham. Feds dijangka menurunkan kadar faedah pada mesyuarat FOMC bulan ini (65% kebarangkalian) dan satu lagi penurunan pada bulan Disember (74% kebarangkalian) bagi mengelakkan kejatuhan mendadak pasaran saham.

 

Ulasan Matawang Utama

EUR/USD: Sentimen menunjukkan Euro dijual pada hari Selasa dan Rabu apabila pasaran mula memberikan reaksi kepada tindakan ECB yang menurunkan kadar deposit dalam usaha menjana semula ekonomi Zon Eropah. Euro dijangka terus lemah untuk tiga bulan akan datang kesan dari ekonominya yang masih tidak menentu.

Laporan komitmen trader sehingga 10 September, menunjukkan spekulator terus menambah net volume jualan EUR sebanyak 706 kontrak kepada 49,842 kontrak. Sehingga Jumaat lepas, UBS masih belum memasuki pasaran selepas jualan sebelumnya mencapai sasaran pada 12/9.

 

GBP/USD:  Sentimen Pound menunjukkan sokongan belian kecuali hari Rabu dan Khamis apabila laporan ekonomi UK menunjukkan perkembangan yang lebih baik dari jangkaan. Kebanyakan pelabur institusi kini melihat isu Brexit telah difaktor penuh kedalam nilai Pound dan dengan laporan ekonomi yang semakin baik, Pound akan terus dibida.

Laporan komitmen trader menunjukkan spekulator kembali menambah net volume jualan GBP sebanyak 7,274 kontrak kepada 92,233 pada 10 September. Sehingga Jumaat lepas, “sell limit” Citibank telah pun aktif dan UBS pula masih belum memasuki pasaran.

 

AUD/USD: Sentimen menunjukkan Aussie yang mendapat sedikit bidaan pada hari Isnin, kembali tertekan sepanjang minggu, kesan dari pasaran yang masih tidak yakin dengan rundingan AS-China yang dijadualkan pada bulan depan. Ketiadaan laporan berimpak tinggi juga menyebabkan pelabur Aussie hilang arah.

Laporan komitmen trader sehingga 10 September menunjukkan spekulator terus mengurangkan net volume jualan AUD sebanyak 6,304 kontrak kepada 53,014 kontrak. Sehingga Jumaat lepas, Citibank masih belum memasuki pasaran.

 

USD/JPY: Sentimen menunjukkan Dolar/Yen yang mendapat sokongan belian sepanjang minggu, kembali tertekan pada hari Jumaat apabila trader jangka pendek mengambil untung belian. Sentimen pasaran yang masih meletakkan harapan kepada rundingan AS-China pada bulan depan dilihat akan menyokong strategi “buy-on-dip”.

Laporan komitmen trader menunjukkan spekulator kembali menambah net volume belian JPY sebanyak 4,909 kontrak kepada 32,591 kontrak pada 10 September. Sehingga Jumaat lepas Citibank masih belum memasuki pasaran dan SL belian UBS pula telah dinaikkan kepada “+20”.

 

USD/CHF: Dolar/Swiss yang mendapat sokongan belian pada awal minggu, kembali tertekan pada hari Khamis dan Jumaat, apabila trader jangka pendek mengambil untung belian. Dengan sentimen pasaran yang bertambah baik, USD dijangka terus mendapat permintaan berbanding “safe-haven” CHF yang berkadar negatif.

Laporan komitmen trader sehingga 10 September menunjukkan spekulator kembali mengurangkan net volume jualan CHF sebanyak 2,947 kontrak kepada 2,892 kontrak. Kontrak jualan yang lebih rendah berbanding pada 27 Ogos (3,800 kontrak) ini menunjukkan sentimen akaun jangka panjang yang pesimis.

 

USD/CAD: Sentimen menunjukkan Dolar/CAD terus mendapat sokongan belian sepanjang minggu kecuali pada hari Selasa, apabila harga minyak yang tertekan menyebabkan CAD hilang sokongan. Sentimen penurunan satu lagi kadar fedah dari BoC juga tidak membantu menyokong CAD. Namun konflik terbaru di Arab Saudi dilihat boleh terus menyokong harga minyak dan seterusnya CAD.

Laporan komitmen trader menunjukkan spekulator kembali menambah net volume belian CAD sebanyak 6,174 kontrak kepada 11,523 pada 10 September. Sehingga Jumaat lepas, Citibank masih belum memasuki pasaran dan UBS masih belum memasuki pasaran setelah jualan sebelumnya mencapai sasaran pada 9/9.

Selamat Berdagang dan Melabur!

 

NOTA:

Analisa sentimen hanyalah satu dari tiga analisa utama dalam membuat keputusan dagangan. Trader dinasihatkan untuk melihat juga analisa fundamental dan teknikal sebelum berdagang. Baca lebih lanjut tentang analisa sentimen dan bagaimana menggunakannya disini