Sesekali bila dijemput untuk menghadiri taklimat pelabur, agak teruja juga terutamanya bila kita dikalangan minoriti. Maklumlah kebanyakan mat saleh ni agak skeptikal dengan golongan minoriti dan mereka yang berkulit gelap; jadi bila dijemput hadir, adakalanya tak tahu nak fikir macam mana. Sebab mungkin kehadiran kita sekadar mengisi kuota dan memeriahkan majlis atau mungkin kerana mereka rasa kita berkelayakan untuk menghadiri taklimat tersebut.

Apapun, disini saya ingin kongsikan taklimat untuk pelabur dari UBS baru-baru ini dimana beberapa pegawai pelaburan mereka memberikan pendapat tentang ekonomi Eropah:

  • Ekonomi EuroZone dijangka stabil bergantung kepada isu perang dagang dan Brexit. UBS menjangka sekiranya isu perang dagang berterusan, perkembangan ekonomi akan terus lembab. Jerman telah menunjukkan tanda tersebut, namun Itali kelihatan stabil apabila ransangan fiskal dan bajet baru mendapat persetujuan parlimen Eropah. Keadaaan protes di Perancis yang bertambah baik akan membawa kepada kestabilan ekonomi.
  • ECB dijangka memotong kadar deposit antara bank sebagai reaksi kepada penurunan kadar faedah Feds AS. Bank Pusat Eropah terpaksa menurunkan kadar deposit antara bank sebanyak 0.1% kepada -0.5% bagi menggalakkan bank memberikan pinjaman dalam menjana ekonomi Zon Eropah. Ini akan memberikan kesan negatif kepada Euro.
  • Inflasi dijangka naik pada separuh kedua tahun ini kesan dari dasar ECB. Sekiranya ekonomi stabil dan terus berkembang pada kadar semasa, inflasi dijangka meningkat sebelum hujung tahun ini. Namun sekiranya isu perang dagang dan Brexit menjadi lebih parah, kadar inflasi boleh jatuh mendadak dan kadar pengangguran meningkat.

Sembang-sembang dengan beberapa pengurus dana, ramai yang memberikan pendapat tentang peluang pelaburan baru di Jepun dan negara-negara membangun yang berdekatan seperti Malaysia, Indonesia, Filipina dan tak kurang juga yang berminat dengan India. Di sini saya sertakan sedikit “snapshot” aset pilihan UBS pada taklimat tersebut:

Rancangan Dagangan/Pelaburan

Untuk pelaburan matawang asing, UBS menyarankan belian pada NOK, GBP, ZAR, INR dan IDR; sementara jualan pada EUR, CAD, USD, CHF, AUD, NZD, dan TWD. Namun sekiranya anda seorang “carry trader”, tentu kadar faedah akan menjadi antara faktor dalam pemilihan pasangan matawang untuk didagangkan. Walaupun tidak dalam saranan UBS, buat masa ini, belian USD/CHF menawarkan pulangan terbaik dikalangan matawang G8, sekitar $7 sehari untuk satu lot.

Melihat kepada carta harian di atas, USD/CHF dijangka menguji “parity” pada hujung bulan ini. Belian pada harga semasa, 0.9935 ketika artikel ini ditulis, boleh menawarkan pulangan lebih dua kali dengan “cut loss” jika menutup di bawah 0.9900 atau boleh gunakan strategi open TP untuk memaksimakan keuntungan.

Sekiranya anda menyertai dagangan mingguan UBS dalam USD/JPY sebelum ini, bolehlah ambil sebahagian untung dan naikkan “stop loss” ke breakeven.

 

NOTA:

Sekiranya anda seorang pengurus dana di MFM Securities atau Mocaz Financial Market, bolehlah dapatkan laporan bulanan UBS dengan menghubungi support@mfmsecurities.eu atau css@mocaz.com

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.