Siapa yang tak kenal Uber dan Grab kan? Syarikat perkongsian kenderaan terkenal yang mungkin anda juga pernah gunakan. Di Asia Tenggara Uber mungkin sudah hilang taring kerana diambil alih oleh Grab; namun di Amerika Utara, Uber terpaksa bersaing dengan satu lagi pemain pasaran iaitu – Lyft. Diperbadankan pada tahun 2013, Lyft (LYFT) menawarkan bukan sahaja kenderaan persendirian, tetapi ia juga menawarkan motosikal dan skooter.

Baru-baru ini saya mendapat berita bahawa dua bank terkemuka mula melihat ke dalam syarikat ini. Khabarnya Lyft dan Airbnb sedang merancang program kerjasama bagi menawarkan diskaun kepada pelanggan masing-masing. Lyft juga sedang berbincang dengan Gabenor California untuk mendapatkan kontrak dalam projek pengangkutan pekerja dalam kerajaan tempatan. Ini antara sebab mengapa Citibank dan Deutsche Bank mula menunjukkan minat kepada saham Lyft (LYFT).

Melihat kepada carta harian, Lyft kini berada di bawah “downward channel” dan sebarang belian adalah counter trend, walaupun 70-80% kebarangkaliannya adalah untuk ia melonjak. Mengandaikan ia telah pun membuat “base” pada $43.50/44.00 lantaran saiz bidaan yang lebih banyak dari penawaran, belian boleh dibuat sekitar $45.50/80 untuk meminimumkan risiko.

Melihat kepada “order flow” ketika “extended trading hours” hari ini, saiz bidaan adalah sekitar sekali ganda dari penawaran dan terdapat kekuatan “seller” sekitar $60.50 yang boleh dijadikan sasaran sekiranya membeli.

Rancangan Dagangan/Pelaburan

Citibank mensasarkan jualan semula pada $75 sementara Deutsche Bank mensasarkan $70. Saya melihat $60.50 sebagai sasaran pertama dan $68 sebagai sasaran kedua ataupun menggunakan “trailing stop/open TP” untuk memaksimakan keuntungan. Belian secara tunai boleh juga dibuat untuk pelaburan jangka panjang.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.