Berikut adalah laporan sentimen harian sepanjang minggu ke-36, 2019 yang lepas.

Jumaat, 6 September 2019.

BUY AUD NZD CAD JPY USD EUR CHF GBP SELL

Khamis, 5 September 2019.

BUY GBP CAD EUR AUD NZD CHF USD JPY SELL

Rabu, 4 September 2019.

BUY GBP CAD CHF EUR NZD AUD USD JPY SELL

Selasa, 3 September 2019:

BUY AUD NZD CHF JPY GBP CAD EUR USD SELL

Isnin, 2 September 2019:

BUY JPY USD NZD AUD CAD CHF EUR GBP SELL

 

Ulasan Mingguan

Sentimen pasaran pada minggu ke-36 terus bertambah baik selepas Amerika Syarikat dan China mengesahkan akan kembali ke meja rundingan pada Oktober depan. Pasaran menyaksikan pembelian lebih banyak matawang komoditi AUD, NZD dan CAD. Pasaran Eropah juga menyaksikan lebih banyak pembelian matawang GBP berbanding EUR dan CHF. Sentimen penurunan kadar faedah Feds juga turut menjadi tajuk utama pasaran dengan USD lebih banyak dijual.

Namun begitu, ramai penganalisis melihat pemulihan sentimen ini lebih sebagai “rebound” dalam mengambil untung jualan dan bukan satu perubahan sentimen yang kekal serta pasaran masih dalam mood berhati-hati dengan pembelian lebih banyak matawang “safe-haven” JPY. Lonjakan yang berlaku di pasaran saham juga tidak disertai dengan momentum dan volume; sekaligus menunjukkan lonjakan itu digunakan oleh pelabur jangka panjang untuk mencairkan pegangan belian mereka.

Pulangan bon 3 bulan terus mengatasi 2 tahun, 10 dan 5 tahun; sekaligus menunjukkan pasaran bon yang tidak yakin dengan perkembangan ekonomi global dalam jangka panjang. Dalam satu perkembangan lain, IMF menjangkakan perkembangan ekonomi negara maju yang semakin perlahan sekitar 1.7% dengan ekonomi dunia yang berkembang sekitar 3.3%.

 

Ulasan Matawang Utama

EUR/USD: Euro melonjak pada minggu lepas dalam kegiatan mengambil untung jualan oleh pelabur jangka panjang, dan tekanan jualan masih dapat dilihat sebelum angka sektor pekerjaan Amerika Syarikat disiarkan pada hari Jumaat. Pelabur terus menjual Euro di pasaran hadapan apabila indeks perkilangan Jerman dilaporkan terus merudum.

Laporan komitmen trader sehingga 3 September, menunjukkan spekulator terus menambah net volume jualan EUR sebanyak 10,332 kontrak kepada 49,136 kontrak. Sehingga Jumaat lepas, jualan UBS masih aktif dan SL telah diturunkan kepada “breakeven”

 

GBP/USD:  Sentimen Pound menunjukkan sokongan belian kecuali hari Isnin dan Jumaat apabila trader jangka pendek kelihatan mengambil untung belian apabila sektor perkilangan dan pembinaan UK yang dijangka bertambah baik, gagal mencapai sasaran. Pelabur institusi kini melihat isu Brexit seakan telah difaktor penuh kedalam nilai Pound.

Laporan komitmen trader menunjukkan spekulator terus mengurangkan net volume jualan GBP sebanyak 4,069 kontrak kepada 84,959 pada 3 September. Sehingga Jumaat lepas, jualan Citibank telah pun menutup dengan “breakeven” pada 4/9 dan belian UBS pula masih aktif dengan SL dinaikkan kepada 1.2120

 

AUD/USD: Aussie yang tertekan seawal minggu, kembali mendapat bidaan selepas AS dan China mengesahkan akan kembali ke meja rundingan pada bulan depan. Aussie terus disokong apabila Bank Pusat Australia mengekalkan kadar faedah, walaupun laporan jualan runcit mengecewakan pelabur.

Laporan komitmen trader sehingga 3 September menunjukkan spekulator terus mengurangkan net volume jualan AUD sebanyak 1,714 kontrak kepada 59,318 kontrak. Sehingga Jumaat lepas, jualan Citibank telah menutup dengan “breakeven” sahaja pada 4/9.

 

USD/JPY: Dolar/Yen masih kelihatan tertekan walaupun sentimen secara umum kembali optimis selepas AS dan China mengesahkan rundingan. Dengan bulan August yang menutup, pelabur institusi dilihat masih membuat “rebalancing” untuk portfolio mereka bagi memasuki bulan September.

Laporan komitmen trader menunjukkan spekulator mengurangkan net volume belian JPY sebanyak 5,925 kontrak kepada 27,682 kontrak pada 3 September. Sehingga Jumaat lepas jualan Citibank telah pun menutup pada 5/9 dan belian UBS pula masih aktif.

 

USD/CHF: Sentimen Dolar/Swiss masih tertekan sepanjang minggu lepas, walaupun akaun jangka panjang dilihat terus membida pada setiap kejatuhan. Dengan sentimen pasaran yang bertambah baik, USD dijangka terus mendapat permintaan berbanding “safe-haven” CHF yang berkadar negatif.

Laporan komitmen trader sehingga 3 September menunjukkan spekulator kembali menambah net volume jualan CHF sebanyak 2,039 kontrak kepada 5,839 kontrak.

 

USD/CAD: Sentimen Dolar/CAD merudum sepanjang minggu kecuali pada hari Isnin, selepas angka NFP Amerika Syarikat dijangka lemah dan Bank Pusat Kanada pula terus mengekalkan kadar faedah. CAD terus mendapat permintaan apabila sektor pekerjaan Kanada dilaporkan bertambah baik pada hari Jumaat.

Laporan komitmen trader menunjukkan spekulator terus mengurangkan net volume belian CAD sebanyak 5,556 kontrak kepada 5,349 pada 3 September. Sehingga Jumaat lepas, “sell limit” Citibank telah pun dibatalkan dan jualan UBS masih aktif.

Selamat Berdagang dan Melabur!

 

NOTA:

Analisa sentimen hanyalah satu dari tiga analisa utama dalam membuat keputusan dagangan. Trader dinasihatkan untuk melihat juga analisa fundamental dan teknikal sebelum berdagang. Baca lebih lanjut tentang analisa sentimen dan bagaimana menggunakannya disini