Angka terbaru sektor pekerjaan kolar putih, atau lebih dikenali dengan NFP (Non-Farm Payroll) Amerika Syarikat yang disiarkan hari ini menunjukkan trend yang menurun. Ekonomi terbesar dunia itu kini berada dalam tahun ke sebelas perkembangannya dan ramai pakar ekonomi dan penganalisis melihat masanya semakin hampir untuk ia membuat pembetulan. Order flow juga menunjukkan semakin banyak akaun jangka panjang menutup belian mereka.

Non Farm Payroll – Dalam Trend Menurun

Dengan sentimen penurunan kadar faedah Feds pada bulan ini dan satu lagi dijangkakan pada bulan Disember, apakah Dolar akan terus lemah kesan dari kelemahan sektor pekerjaan? Perlu diingat laporan ekonomi hanyalah satu daripada pelbagai faktor yang mempengaruhi pegerakan sesuatu matawang.

Dalam kes USD ini, ianya juga adalah matawang “safe-haven”, matawang simpanan dunia, dan dengan cukai import yang dikenakan ke atas China baru-baru ini, ia pasti mendapat lonjakan permintaan. Oder flow juga menunjukkan dealer lebih banyak menjual Dolar, dan bila dealer menjual, ia bermakna harga permintaan akan lebih tinggi.

Rancangan Dagangan

Melihat kepada salah satu komponen Dolar Index, USD/JPY, nampaknya “selling climax” telah pun berlaku dan kebarangkalianya tinggi untuk ia membuat lonjakan. Dengan sentimen rundingan dagang AS-China yang kini pulih sehingga Oktober, Dolar mungkin hanya terkesan dengan penurunan kadar pada bulan ini.

Saya telah pun menyertai UBS dalam membeli Dolar/Yen dengan “stop alert” pada 106.00 dan “stop loss” pada 105.70 serta sasaran pada 108.00/20. Masih terdapat risiko geopolitik yang memungkinkan dagangan ini gagal. Jadi pastikan ini bukanlah trade terakhir anda.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.