Semua pelabur tahu bahawa antara faktor yang boleh menggerakkan sesuatu saham adalah minat belian mahupun jualan dari Institusi. Ini adalah kerana belian mahupun jualan mereka, selalunya adalah dalam saiz yang besar dan diluar capaian pelabur runcit. Jadi belian ataupun jualan institusi ini boleh menjadi antara “filter” dalam membuat keputusan belian/jualan.

UBS, sebuah bank pelaburan terkemuka yang berpangkalan di Switzerland, baru-baru ini dalam laporannya kepada pelanggan, menyenaraikan tiga saham baru yang kini dalam radar belian mereka:

Polaris Industries (PII, NYSE)

Polaris adalah sebuah syarikat pembuat pelbagai jenis kenderaan serbaguna. Dari “off-road”, RV, hinggalah kepada motor salji. Tahun lepas ia memasuki pasaran motorbot melalui pembelian saham Boat Holdings. Polaris mempunyai 2,250 dealer di Amerika Utara dan 1,400 dealer antarabangsa dengan 31 anak syarikat dan 85 distributor di lebih 100 negara.

Baru-baru ini Polaris melaporkan pendapatan suku kedua dan juga angka jualan yang lebih baik dari jangkaan pasaran. Ini menarik minat banyak institusi, termasuk UBS, untuk masuk membida.

One OK (OKE, NYSE)

One OK ialah syarikat pembekal, pemproses, simpanan dan juga logistik untuk gas dan gas cecair (LNG) yang berpangkalan di Oklahoma, Amerika Syarikat. Walaupun industri minyak dan gas mengalami penurunan, tetapi One OK masih dapat bertahan malah menunjukkan peningkatan dalam pendapatan dan aliran tunai.

Laporan terbaru EIA dan API yang menunjukkan pengurangan ketara stok minyak dan gas, dilihat sebagai satu petanda baik untuk industri yang menjadi enjin ekonomi ini.

Alliance Data Systems (ADS, NYSE)

Alliance Data Systems ialah sebuah syarikat pembekal label kad kredit, pemasaran dan program kad kredit seperti “air-miles” dan kesetiaan. Berpangkalan di Texas, Amerika Syarikat ia adalah antara yang terkemuka dalam industri kewangan dan kredit di AS.

Pertengahan Julai lalu, syarikat ini menawarkan lelongan untuk 13.5 juta saham baru dengan harga tidak kurang dari $144 sesaham dan tidak lebih dari $162. Ianya tidak mendapat sambutan apabila harga terus merudum di bawah $130 pada hujung Ogos lalu.

Rancangan Dagangan/Pelaburan

Polaris Industries (PII, NYSE)

Melihat kepada carta teknikal, PII sedang dalam fasa “consolidation” ataupun “ranging” dan oleh kerana ia berada di “bottom range” maka lebih sesuai dibeli terutamanya bila ia kembali stabil di atas pivot bulanan ($84.30).

Melihat kepada “volume profile” dan sistem Thomas DeMark, belian boleh dibuat apabila harga stabil di atas $86.23 dengan SL pada $80.46 dan TP pada $96.98

One OK (OKE, NYSE)

Carta teknikal menunjukkan OKE sedang berdepan dengan rintangan besar sekitar $71.50/80 dan lebih sesuai untuk dijual terutamanya bila ia kekal di bawah pivot bulanan ($69.78)

Melihat kepada “volume profile” dan sistem Thomas DeMark, jualan adalah di bawah paras $68.35 dengan SL pada $71.25 dan TP pada $63.60

Alliance Data Systems (ADS, NYSE)

Melihat kepada carta teknikal, ADS sedang berada pada “bottom downward channel” dan berkemungkinan besar akan membuat lonjakan. Namun saya melihat ia perlu stabil di atas pivot bulanan ($133.39) sebelum belian boleh dilaksanakan. Melihat kepada “volume profile” dan sistem Thomas DeMark, belian adalah di atas paras $154.63 dengan SL pada $134.22 dan TP pada $179.75

Namun melihat kepada “wolfe wave”, saya bercadang masuk membida apabila harga stabil di atas paras $134.22 dengan SL pada $120.00 dan TP pertama pada $154.65 dan TP kedua pada $179.75. Boleh juga menggunakan TP terbuka dengan risk/reward lebih dari 2R.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.