Pagi ini di Amerika Utara berita tentang penguncupan ekonomi menjadi topik hangat, sehinggakan suri rumah pun turut memperkatakannya. Ramai mula risau yang mereka akan kehilangan kerja atau pun pendapatan. Saya katakan ianya bergantung kepada industri anda; kerana ekonomi akan perlahan tetapi masih ada industri yang akan terus berjalan seperti biasa seperti pemakanan, hospital, gas, elektrik dan pelbagai lagi industri yang tidak banyak tertakluk kepada kitaran ekonomi dan sentimen pasaran.

Pengurus dana pula sibuk mencari peluang-peluang pelaburan di luar negara, terutamanya di Amerika Latin dan Asia, termasuk Malaysia. Data dari bursa-bursa utama baru-baru ini, menunjukkan pengurus dana kini lebih banyak memasuki pasaran Thailand, Vietnam dan Singapura berbanding Malaysia. Saya percaya ini adalah kesan dari perubahan parti pemerintah baru-baru ini dan kemelut politik semasa yang merisaukan pelabur-pelabur besar.

Apapun saya akan terus memerhatikan dan membuat saranan yang sepatutnya. Disini ada 10 saham di Bursa Malaysia yang saya sarankan untuk penilaian lanjut. Ianya hanya berdasarkan kepada minat belian dan jualan sahaja. Anda bolehlah membuat penilaian selanjutnya:

“Volume Spread Analysis” menunjukkan 10 Saham BSKL di atas mempunyai minat belian yang melebihi minat jualan dengan nisbah yang melebihi 250 kali ganda. Sebagai contoh, saham Straits Interlogistics (0080) mempunyai 251.58 minat belian bagi setiap 1 minat jualan (Buy Vol/Sell Vol-Bull/Bear Ratio) dan saham PDZ Holdings (6254) mempunyai 3,181.45 Bull/Bear Ratio. Minat belian yang melebihi minat jualan memberi petunjuk bahawa kemungkinan besar saham ini akan melonjak naik pada masa hadapan.

Apapun, ini bukanlah satu jaminan kerana minat belian dan jualan yang bersifat dinamik dan berubah dari masa ke semasa. Namun ianya boleh digunakan sebagai kriteria dalam pemiliham saham.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.