GOLD : Buyer Terus Menguasai Pasaran – Sesi London 20 August 2019

0
304

Pasaran emas melakukan kenaikan berterusan selepas memecahkan harga accumulation  5 tahun. Pergerakan pasaran mula memecahkan aras harga 1360$. Beberapa laporan mengesahkan pembelian dan peningkatan inventory gold oleh Russia dan China. Russia kini telah menjadi negara ke-4 terbesar dalam penyimpanan emas.

Gambar 1 di bawah menunjukkan analisa volume profile di Time Frame Weekly sejak tahun 2009.

Terdapat beberapa pemerhatian dapat dibuat iaitu:

  • Pasaran telah memecahkan 5 tahun harga Accumulation. Ini petanda kuat trend pasaran akan berterusan mencari liquidity seller.
  • Terdapat dua(2) aras high liquidity yang dapat digunakan oleh market maker untuk “conduct business” atau menarik liquidity masuk ke pasaran iaitu di aras 1600$ dan 1680$
  • Potensi pasaran untuk menguji aras POC liquidity adalah tinggi jika disokong oleh kehadiran buyer di pasaran.

Gambar 2 di bawah menunjukkan analisa orderflow menggunakan Software Bookmap

Beberapa pemerhatian dapat dibuat berdasarkan gambar 2 iaitu:

  • Liquidity buyer sekitar 100-200 Lot bertahan di aras 1500/1503. Ini telah menyebabkan kenaikan sehingga 1514.
  • Seller mula bertahan di aras 1514 dan buyer perlu memecahkan liqudity ini untuk terus melakukan kenaikan.

 

Kesimpulan Analisa

Pasaran emas telah didorong oleh pembelian oleh beberapa negara kuasa besar antaranya Russia dan China. Selain itu, accumulation selama 5 tahun telah dipecahkan di aras harga 1400$. Ini juga mendorong momentum trader membuat pembelian. Kenaikan akan terus berlaku jika tiada kehadiran seller. Aras liquidity penting adalah di aras 1600$ dan 1680. Aras ini boleh diuji untuk memastikan liquidity dapat masuk ke pasaran. Trader dinasihatkan untuk tidak melawan kenaikan ini sehingga seller masuk yang pada jangkaan di aras 1650$.