Ulasan Mingguan

Seperti jangkaan, Minggu ke-33 menyaksikan helah “market maker” menjadi kenyataan apabila “bullish hammer” pada minggu ke-32 hanyalah untuk memerangkap “buyer” yang menjangkakan pasaran saham akan membuat “rebound”. Kali ini “market maker” menggunakan kaedah “gap-up” pula untuk memberi gambaran sentimen “bullish” pada pembukaan minggu ke-34, sedangkan net volume jualan terkumpul di S&P500 kini melebihi 10 juta kontrak!

Pulangan bon jangka pendek (3 bulan & 2 tahun) terus melebihi bon jangka panjang (5 & 10 tahun) dengan perbezaan yang semakin besar; sekaligus menunjukkan sentimen pelabur yang semakin pesimis. Aset “safe-haven” dijangka terus mendapat permintaan di samping saham-saham defensif dan pelaburan alternatif untuk menghadapi kejatuhan pasaran saham seterusnya.

Pasaran hadapan secara keseluruhan (-0.15%) jatuh pada Jumaat lepas, dengan kejatuhan besar pada daging (-1.45%), bon/kewangan (-0.40%) dan bijirin (-0.37%); sementara tenaga (+0.83%) dan indeks saham (+0.54%) memacu naik dalam kegiatan mengambil untung.

Di pasaran hadapan matawang, permintaan dipacu oleh Dolar AS (+0.07%) dan Peso Mexico (+0.00%); sementara matawang lain terus jatuh dengan diketuai oleh Swiss (-0.18%), Yen (-0.10%) dan Euro (-0.07%).

Sentimen terus merudum dengan indeks “CNN Fear & Greed” terus berada dalam trend menurun dengan 51 mata pada 52 minggu yang lalu, 47 mata sebulan yang lalu, 25 mata pada seminggu yang lalu dan 20 mata pada Jumaat lepas. Sentimen dijangka terus merudum untuk enam bulan yang akan datang dan sebarang kenaikan dilihat sebagai kesan dari tindakan pelabur yang mengambil untung jualan.

Tiada sebarang kejutan utama pada minggu lepas selain dari laporan perkembangan ekonomi UK dan AS yang lebih baik dari jangkaan dan ekonomi Eropah yang lebih buruk. Sentimen ekonomi global masih tertekan dengan kegagalan rundingan dagang AS-China dan pasaran kini hanya menunggu masa dan pemangkin yang sesuai untuk kejatuhan pasaran saham selanjutnya. Penangguhan cukai import ke atas China hingga November ini dilihat hanya sebagai helah sementara untuk meredakan kerisauan pasaran.

Sehingga hari ini, prestasi tahunan pasaran saham utama berbanding minggu lepas adalah seperti berikut:

AS & Kanada – Nasdaq (+21.61%), S&P500 (+16.35%), Dow (+11.87%), TSX (+13.31%) Eropah – SMI (+16.45%), EuroStoxx (+12.09%), DAX (+10.81%), FTSE UK (+6.84%) Asia/Australia – Nikkei (+2.74%), HangSeng (+1.73%), KLCI (-5.57%), ASX (+14.54%)

(Baca pandangan minggu ke-33 disini)

 

Pandangan Mingguan

Dolar yang mengukuh sepanjang minggu lepas, dijangka akan terus mendapat sokongan dari aliran “safe-haven” pada minggu ini. Sokongan kukuh dilihat sekitar paras 97.20/50 dan rintangan utama pada 98.50 – yang sekiranya pecah serta mendapat bidaan selanjutnya – dijangka akan menguji paras 99.50 mata. “Gap-up” yang berlaku di indeks Dolar dan S&P500 pada hari ini, dilihat sebagai tindakan “market maker” untuk mengelirukan pelabur yang mungkin akan terus membeli Dolar.

Laporan kewangan suku kedua yang kini memasuki minggu ke-enam dan data-data ekonomi dijangka akan terus mendapat perhatian pelabur dalam membuat keputusan selanjutnya. Perlindungan portfolio dijangka akan terus menjadi arah pelaburan untuk enam bulan yang akan datang.

Amerika Syarikat & Kanada

Jualan rumah sedia ada yang dijangka meningkat dari -1.7% kepada 2.5% dilihat dapat menyokong Dolar, namun jualan rumah baru yang dijangka menurun dari 7% kepada -0.2% bakal mengekang Dolar di samping minit mesyuarat FOMC yang pasti mendapat perhatian pelabur. Mesyuarat FOMC yang dilihat pesimis sebelum ini, akan menjadi perbincangan dalam pejumpaan di Jackson Hole pada hujung minggu ini.

Dolar Kanada pula dijangka kembali tertekan dengan laporan inflasi tahunan yang dijangka menurun dari 2% kepada 1.7% dan jualan runcit yang masih lemah pada -0.1%.

Eropah

Euro terus tertekan dengan laporan inflasi tahunan yang jatuh dari 1.3% kepada 1.0% pada hari ini, yang nyata lebih lemah dari jangkaan pasaran sebanyak 1.1%. Indeks perkilangan Jerman yang juga dijangka lemah, turun dari 43.2 kepada 43.0 mata, dilihat akan terus mengekang kenaikan Euro, melainkan ianya lebih baik dari jangkaan. Minggu yang sedikit sepi untuk zon ekonomi Eropah yang bakal memberi perhatian penuh kepada minit mesyuarat ECB yang bakal disiarkan pada hari Khamis.

Ketiadaan laporan berimpak tinggi dari UK dan Switzerland minggu ini, bakal mendorong pelabur kembali memberikan fokus kepada isu Brexit dan sebarang komen optimis dari parlimen Eropah dan Perdana Menteri Britain yang baru, dilihat akan melonjakkan Pound.

Asia/Australia

Pasaran seakan tidak memperdulikan minit mesyuarat RBA yang disiarkan pada hari Isnin lantaran sentimen pasaran yang jelas pesimis dengan kejayaan rundingan dagang AS-China serta Bank Pusat Australia yang dijangka akan menurunkan kadar faedah sekali lagi sebelum hujung tahun ini.

Yen dijangka melemah dengan jangkaan laporan inflasi tahunan yang menurun dari 0.7% kepada 0.5% serta kerisauan pasaran yang diredakan dengan penangguhan cukai import ke atas China sehingga November ini.

Tiada laporan berimpak tinggi dari New Zealand minggu ini.

Saham

Musim laporan pendapatan syarikat untuk suku kedua diteruskan lagi untuk minggu ke-enam dan para pelabur dijangka meneruskan pembelian saham-saham defensif serta saham-saham industri baru yang dilihat akan memberi potensi pulangan tinggi dalam jangka masa panjang.

Pelabur Amerika Syarikat dan Kanada dijangka berminat dengan saham-saham seperti Estee Lauder (EL), Baidu (BIDU), Home Depot (HD), Medtronic (MDT), Lowe’s (LOW), SalesForce (CRM), Intuit (INTU), HewlettPackard (HPQ), Hormel Foods (HRL), Gap (GPS), RBC (RY), dan Canadian Imperial Bank (CM).

Pelabur UK dan Eropah pula dijangka berminat dengan saham-saham seperti Faes Farma (FAE), Unicaja Banco (UNI), JOST Werke (JSTG), Aumann (AAGG), OHL (OHL), Capital Regional (CALI), Wereldhave (WHA) dan Intesa Sanpaolo (ISP).

Pelabur Asia, termasuk Australia dan New Zealand dijangka memberi perhatian kepada saham-saham seperti Silver Chef (SIV), PAS Group (PGR), China Dairy Corp (CDC), Prospect (3528), Otsuka Kagu (8186), Senshu Ikeda (8714), JFE Holdings (5411), PSK (031980), Tongyang Life (082640), Hwa Sung (002460), Le Saunda (0738), Wisdom Sports (1661), Zuoli Kechuang (6866), Tomson (0258), Mitra Pinasthika (MPMX), Duta Anggada (DART), ALCOM (2674), Star Media (6084), Texchem (8702), JCY (5161) dan ATTA Global (7099).

 

Selamat Berdagang dan Melabur!

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.