Percayakah anda kalau saya katakan bahawa bank-bank besar kebanyakannya tidak banyak melakukan dagangan? Huh? Ya ke? Boleh untung ke? Macam mana tu?              Ya! bank-bank besar kebanyakannya mempunyai had dalam dagangan mereka, sama ada dari segi risiko dan juga jumlah dagangan. Ini penting kerana jika risiko tidak dikawal, ia akan menjadi seperti banyak bank yang telah pun menjadi arwah! Lehman, Barings, dan banyak lagi.

JP Morgan contohnya, hanya mengambil enam trade pada tahun lepas! Goldman Sachs pula hanya 10 dan memang ada bank yang mengambil banyak trade, tetapi setiap trade mempunyai had risiko yang kecil sahaja. Insya ALLAH, saya akan cuba kupas topik pengurusan risiko dalam artikel-artikel yang akan datang sekiranya berkelapangan. Apapun, sekiranya anda mengikuti trade dari JP Morgan bulan lepas, anda telah pun mencapai sasaran. Ya, itulah satu-satunya trade dari JP Morgan bulan lepas!

Namun begitu, sekiranya anda menggunakan strategi “open TP”, bolehlah mengambil sebahagian untung dan turunkan “stop loss”.

Melihat kepada carta mingguan, dagangan ini masih berpotensi untuk menguji “bottom range” sekitar 0.7200/0.7180 (garisan lintang hijau tebal), terutamanya dengan sentimen pasaran semasa.

Ini disahkan oleh “bearish engulfing candle” semalam dan dengan “bullish engulfing” pada hari Selasa (13/8), “stop loss” bolehlah diturunkan kepada 10 pips di atas paras tertinggi Selasa, sekitar 0.7410.

Ulasan Dagangan

Dagangan ini awalnya mempunyai risiko 55 pips dan potensi pulangan 90 pips (1.63R) dan 135 pips (2.45R). Jadi sekiranya anda merisikokan 5%, pulangan anda adalah sekitar 8.15% (1.63 X 5) hingga 12.25% (2.45 X 5). Jadi sekiranya matlamat portfolio anda adalah sekitar 10% setahun anda boleh mencapai sasaran tahunan dengan hanya satu trade sahaja! Jadi anda mungkin faham sekarang mengapa kebanyakan bank-bank besar tidak banyak mengambil dagangan.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.