Drama Trump datang lagi..seperti biasa dengan Xi! Ya..masuk ini kali sudah tiga kali Presiden Amerika Syarikat itu menangguhkan cukai import atas barangan dari China! Kali pertama ketika persidangan G20 di Argentina pada hujung tahun lepas, kali kedua ketika persidangan G20 di Osaka pada Jun lalu dan ini kali ketiga! Nampaknya En Trump kini tersepit antara cukai import yang lebih banyak atau sebenarnya beliau takut dengan tindak balas China?

Sebelum ini China dengan tegas menyatakan ia tidak akan dibuli oleh Amerika Syarikat dan bersedia bertindak balas sekiranya perlu. Malah Persatuan Bahan Mineral China yang membekalkan mineral-mineral untuk produksi komponen elektronik telah pun memberi jaminan kepada Presiden Xi bahawa mereka teguh di belakang beliau! Apapun tindakan terbaru Presiden Trump ini disambut baik oleh pasaran dan USD/JPY yang merupakan antara kayu ukur sentimen risiko, melonjak lebih 150 pips dalam masa dua jam!

Namun demikian kita semua tahu ini wayang sahaja dan lonjakan di pasaran saham pun hanya bersifat sementara. Ramai pengurus dana kini sedang mencairkan pegangan belian mereka untuk menghadapi krisis kewangan seperti yang dijangka oleh pasaran bon. Melihat kepada indeks S&P500 sahaja ianya jelas bahawa pasaran saham kini dalam tekanan jualan.

Apapun masa akan menentukan dan yang penting kita telah bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Rancangan Pelaburan

Jualan USD/JPY Citibank masih aktif dan sekiranya mengenai SL, saya melihat “re-entry” masih “valid” selama mana kadar masih di bawah pivot bulanan (sekitar 108.35) dan SL perak boleh dinaikkan kepada $15.80. Saya jangkakan ini kali terakhir CHF/JPY bertahan pada paras 108.00 dan sekiranya ia pecah, maka paras seterusnya ialah 100.00 iaitu sekitar paras ketika krisis kewangan 2008 bermula. Namun sekiranya ia terus melonjak dan memecah paras 110.00, maka paras 110.70 dan 111.80 akan menjadi ujian untuk jualan seterusnya.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.