Berikut adalah laporan sentimen harian sepanjang minggu ke-32, 2019 yang lepas.

Jumaat, 9 Ogos 2019.

BUY JPY CHF CAD USD EUR NZD AUD GBP SELL

Khamis, 8 Ogos 2019.

BUY JPY CHF AUD USD EUR CAD GBP NZD SELL

Rabu, 7 Ogos 2019.

BUY CHF JPY EUR USD GBP AUD CAD NZD SELL

Selasa, 6 Ogos 2019:

BUY CHF EUR JPY GBP USD NZD CAD AUD SELL

Isnin, 5 Ogos 2019:

BUY CHF JPY EUR GBP NZD CAD USD AUD SELL

 

Ulasan Mingguan

Sentimen “risk-off” diteruskan lagi pada minggu ke-32, apabila matawang safe-haven USD, CHF dan JPY terus mendapat lebih banyak permintaan berbanding matawang G8 yang lain, terutamanya matawang komoditi AUD, NZD dan CAD yang ternyata lebih banyak dijual. Sentimen ini juga jelas terpancar pada matawang GBP yang lebih banyak di jual daripada matawang EUR; sekaligus menunjukkan aliran modal yang kembali ke Eropah.

Di pasaran komoditi, sentimen “risk-off” ini mendorong LME meletakkan emas ke paras harga hampir setinggi $1510.50 pada hari Rabu, apabila laporan pekembangan ekonomi UK dan peluang pekerjaan di Amerika Syarikat menunjukkan penguncupan yang ketara. Ini mengesahkan sentimen ekonomi global yang semakin perlahan dan amat dirisaukan oleh kebanyakan bank-bank pusat dan para pelabur.

Terkesan dengan sentimen tersebut. harga komoditi minyak mentah yang merupakan enjin ekonomi dunia, terus merudum memasuki empat minggu berturut-turut dan dijangka akan terus tertekan dengan kurangnya permintaan dan lebihan bekalan. Minyak mentah jatuh ke sekitar $50.50 setong, sebelum mendapat sokongan belian pada hari Khamis dan Jumaat, lantaran trader jangka pendek yang mengambil untung.

Di pasaran saham pula, para pelabur jangka panjang dijangka akan terus mencairkan pegangan belian mereka dan membeli saham-saham defensif serta aset dalam pelaburan industri baru yang dijangka boleh memberi pulangan tinggi dalam jangka panjang. Dalam pada itu, bon jangka pendek mendapat lebihan permintaan berbanding bon jangka panjang; sekaligus menunjukkan pasaran yang pesimis.

 

Ulasan Matawang Utama

EUR/USD: Sentimen menunjukkan Euro yang awalnya mendapat sokongan belian, kembali tertekan pada Khamis dan Jumaat; selepas Dolar kembali mendapat permintaan kesan dari permintaan untuk aset “safe-haven” yang berterusan. Ketiadaan laporan berimpak tinggi dari Eropah pada minggu lepas juga menyebabkan pembeli Euro kehilangan arah.

Laporan komitmen trader sehingga 6 Ogos, menunjukkan spekulator mengurangkan net volume jualan EUR sebanyak 9,973 kontrak kepada 44,010 kontrak. Sehingga Jumaat lepas, rancangan jualan UBS masih aktif.

 

GBP/USD:  Pound menerima nasib yang lebih teruk dari Euro apabila ia dijual kembali pada hari Rabu hingga Khamis selepas laporan perkembangan ekonomi UK menunjukkan penguncupan yang ketara. Dolar yang kukuh kesan permintaan “safe-haven” juga mengekang kenaikan Pound.

Laporan komitmen trader menunjukkan spekulator terus menambah net volume jualan GBP sebanyak 12,552 kontrak kepada 102,702 pada 6 Ogos. Sehingga Jumaat lepas, rancangan belian UBS dan Citibank telah menutup dengan “breakeven”.

 

AUD/USD: Aussie dijual sepanjang minggu kecuali pada hari Khamis apabila para pelabur mengambil untung jualan selepas matawang komoditi itu dijual tiga minggu berturut-turut. Aussie dijangka akan terus tertekan lantaran sentimen penurunan kadar faedah dari RBA dan juga rundingan AS-China yang gagal.

Laporan komitmen trader sehingga 6 Ogos menunjukkan spekulator terus menambah net volume jualan AUD sebanyak 2,069 kontrak kepada 55,511 kontrak. Sehingga Jumaat lepas, Citibank masih belum memasuki pasaran selepas belian pertama gagal.

 

USD/JPY: Sentimen “risk-off” terus mendorong bidaan untuk Yen, selepas kerisauan terhadap kelembapan ekonomi dunia di materi dengan kegagalan rundingan dagang AS-China. Berita bahawa China bakal campur tangan dalam krisis dalaman Hong Kong juga turut membawa lebihan permintaan ke dalam aset “safe-haven”.

Laporan komitmen trader menunjukkan net volume jualan JPY berubah kepada net volume belian buat pertama kali sejak 12 Jun 2018, dengan lebihan belian sebanyak 10,561 kontrak pada 6 Ogos. Sehingga Jumaat lepas jualan Citibank masih aktif dan belian UBS pula telah mengenai SL.

 

USD/CHF: Jualan Dolar/Swiss memasuki minggu kedua selepas kepanikan pelabur menyaksikan CHF terus mendapat bidaan terutamanya dari pelabur Eropah. Namun akaun jangka panjang masih menyaksikan pembelian Dolar lantaran perbezaan pulangan tertinggi di kalangan matawang G8.

Laporan komitmen trader sehingga 6 Ogos menunjukkan spekulator terus menambah net volume jualan CHF sebanyak 1,943 kontrak kepada 16,431 kontrak.

 

USD/CAD: Dolar/CAD dibeli sepanjang minggu lepas kecuali hari Isnin dan Jumaat, apabila trader jangka pendek mengambil untung belian. CAD terus tertekan dengan harga minyak yang terus merudum kesan dari sentimen perkembangan ekonomi global yang dijangka semakin perlahan.

Laporan komitmen trader menunjukkan spekulator menambah net volume belian CAD sebanyak 2,444 kontrak kepada 24,166 pada 6 Ogos. Sehingga Jumaat lepas, UBS masih belum memasuki pasaran dan rancangan belian Citibank masih aktif.

Selamat Berdagang dan Melabur!

 

NOTA:

Analisa sentimen hanyalah satu dari tiga analisa utama dalam membuat keputusan dagangan. Trader dinasihatkan untuk melihat juga analisa fundamental dan teknikal sebelum berdagang. Baca lebih lanjut tentang analisa sentimen dan bagaimana menggunakannya disini