Hahaha…Ya, hari ini hari lawak jenaka dalam chatroom eikon apabila ramai trader-trader yang mengajuk komen Pengerusi Feds New York, John William bersama Pengerusi Feds, Jerome Powell dan juga Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Ya, pasaran kewangan pun ada drama juga, kerana sebelum ini, seawal Januari lalu Pengerusi Feds Atlanta, Raphael Bostic mengatakan bahawa beliau tidak menolak kemungkinan penurunan kadar faedah sekiranya keadaan memerlukan. Komen beliau membenamkan USD. (Baca lanjut disini)

Kemudian hujung Jun lalu, dalam mesyuarat FOMC, Pengerusi Feds dan beberapa ahli jawatankuasa FOMC mengatakan bahawa sebenarnya mereka masih ragu-ragu tentang masa depan ekonomi AS. Namun, ini tidaklah bermaksud yang mereka akan terus menurunkan kadar faedah tetapi lebih bersifat tunggu dan lihat, menurut mereka. Komen ini menyebabkan pasaran tersentak dan Dolar kembali dibeli serta emas dijual. (Baca lanjut disini)

Nah, hari ini sebelum pasaran menutup, Pengerusi Feds New York, John Williams pula mengatakan bahawa Feds mestilah bersedia untuk bertindak pantas dengan kadar faedah yang lebih rendah tanpa perlu menunggu bukti yang ianya bakal merudum. Komen beliau itu menyebabkan USD/JPY – antara komponen indeks Dolar dan kayu ukur sentimen risiko – merudum lebih 50 pips dalam masa tiga jam.

Ya memang drama bukan? Tetapi inilah drama yang bank pusat serata dunia gunakan untuk mengawal selia pasaran kerana selain polisi kewangan, komen-komen mereka juga dapat mempengaruhi pergerakan pasaran secara terus.

Rancangan Pelaburan

Perkembangan terbaru ini menggagalkan rancangan jualan emas dan belian USD/JPY saya dan UBS. Namun, syukur rancangan belian perak telah menyelamatkan saya dari kerugian teruk. Apapun, esok saya terpaksa berdepan dengan mesyuarat pengurusan risiko untuk membuat keputusan sama ada kami akan “cut-loss” rancangan jualan Facebook, kerana ia telah pun menutup di atas paras $200 hari ini.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.