Credit Suisse (CS), salah satu bank pelaburan terkemuka Switzerland, dalam laporan teknikal kepada pelanggannya hari ini, menjangkakan syarikat agensi pelancongan online, CTRIP International (CTRIP) akan mengatasi rintangan besar, sekitar $46.50, yang merupakan paras tertinggi bulan April 2019. Saham CTRIP melonjak lebih 2% hari ini dengan lebih tiga juta saham bertukar tangan. Credit Suisse jangkakan saham tersebut akan menguji $60 pada suku keempat tahun ini.

Melihat kepada carta bulanan di atas, CTRIP sudah pun menyempunakan wave IV dan sedang bersedia untuk membuat wave V. Masih terdapat risiko yang ianya akan menguji uptrendline bulanan, sekitar $31, sebelum memacu naik. Jadi saya tidak bercadang untuk memasuki pasaran dengan risiko penuh. Mungkin 1/3 atau 1/2 sahaja untuk mendapatkan harga yang lebih baik. Kemungkinan ini ada kerana CTRIP adalah syarikat China yang berdepan dengan risiko perang dagang AS-China.

Melihat kepada carta mingguan di atas, CTRIP kini berada di atas sokongan sederhana, sekitar $36, dan berdepan dengan rintangan besar sekitar $52. Paras $25 boleh menjadi “stop loss” untuk belian jangka panjang.

Carta harian pula menunjukkan harga telah stabil di atas pivot bulanan, sekitar $36, dan paras $32.75 boleh menjadi “stop loss” untuk belian jangka sederhana. Paras $34.75 boleh dijadikan “stop loss” belian jangka pendek.

Rancangan Pelaburan

Saya merancang memasuki pasaran dengan 1/3 posisi pada harga semasa, sekitar $37.60 sebelum pasaran menutup hari ini, dengan “stop alert” pada $34.75 dan “stop loss” pada $32.75. Sekiranya ia menjunam dan menghentam “stop loss”, saya akan memasuki semula selepas harga menstabil dengan “stop loss” baru pada $25 atau pun pada “stop loss” baru di bawah “higher swing low” yang akan ditentukan kemudian.

Saya juga bercadang membeli 1/3 posisi dengan “buy stop” pada $40 dengan “stop loss” pada $36. Saya meletakkan $45 sebagai sasaran pertama, $50 sasaran kedua dan $60 sasaran ketiga. Sasaran ketiga perlu dicapai pada suku keempat tahun ini seperti saranan Credit Suisse.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.