Berikut adalah laporan sentimen harian sepanjang minggu ke-28, 2019 yang lepas.

Jumaat, 12 Julai 2019.

BUY NZD AUD CHF JPY GBP CAD EUR USD SELL

Khamis, 11 Julai 2019.

BUY NZD EUR CHF CAD JPY GBP USD AUD SELL

Rabu, 10 Julai 2019.

BUY CHF JPY EUR NZD USD GBP CAD AUD SELL

Selasa, 9 Julai 2019:

BUY USD EUR CAD CHF JPY GBP NZD AUD SELL

Isnin, 8 Julai 2019:

BUY USD CAD GBP EUR CHF JPY AUD NZD SELL

 

Ulasan Mingguan

Sentimen pasaran terus bercampur-campur minggu lepas, memasuki dua minggu dengan matawang komoditi NZD dan CAD lebih banyak dibeli, kesan dari sentimen pasaran yang positif dan harga minyak yang kukuh; sedangkan matawang komoditi AUD lebih banyak dijual. Kadar faedah NZD yang lebih baik dari AUD melebihi 0.5% menyebabkan pasangan AUD/NZD dipilih untuk jualan “carry trade”, terutamanya dengan sentimen pasaran yang optimis.

Namun begitu, melihat kepada permintaan matawang “safe-haven”; dalam keoptimisan tersebut, sentimen pasaran lebih terarah kepada pesimis, apabila JPY dan USD lebih banyak dijual berbanding CHF yang lebih banyak dibeli sepanjang minggu. Ini mungkin kesan dari berita yang mengatakan bahawa trader-trader bon kini menjangkakan krisis kewangan, selepas pulangan bon jangka pendek telah melebihi bon jangka panjang untuk beberapa bulan kebelakangan ini. (Baca Lanjut Disini).

Sentimen ini jelas, apabila matawang EUR lebih banyak dibeli dari GBP, dan lebih ketara berbanding minggu ke-27; sekaligus mengesahkan mood pasaran yang lebih berjaga-jaga.

Minyak mentah terus mendapat permintaan memasuki empat minggu, kesan dari tindakan OPEC dan sekutunya yang cuba mengurangkan pengeluaran dalam usaha untuk menstabilkan harga; di samping potensi untuk Perang Teluk 3.0 yang juga membantu mengapungkan harga komoditi itu.

Emas pula yang telah menghadapi tekanan jualan sepanjang tiga minggu lepas, nampaknya masih stabil di atas paras $1,400 kesan dari sentimen pesimis tersebut dan juga sentimen kadar faedah Amerika Syarikat yang dijangka bakal diturunkan pada hujung bulan ini. Dengan harga yang kini telah pun memecah dan terus stabil di atas paras rintangan utama sekitar $1,370.80; ia hanya akan jatuh sekiranya Feds tidak menurunkan kadar faedah pada hujung bulan ini.

 

Ulasan Matawang Utama

EUR/USD: Euro kembali dalam sentimen belian selepas membuat “pullback” seperti yang dijangkakan, apabila para pelabur menyedari bahawa laporan NFP tidaklah sebaik yang diharapkan. Dolar dijangka akan terus dijual dan laporan ekonomi AS akan terus menjadi perhatian utama pelabur minggu ini.

Laporan komitmen trader sehingga 9 Julai, menunjukkan spekulator kini terus mengurangkan net volume jualan daripada 56,295 kontrak pada 25 Jun kepada 35,865 pada 9 Julai. Sehingga Jumaat lepas, risiko untuk belian UBS telah dikurangkan kepada “-50”.

GBP/USD:  Pound cuba membuat “rebound” minggu lepas, selepas tertekan apabila tiga laporan ekonomi utama UK menunjukkan penguncupan. Kelemahan Dolar membantu mengapungkan Pound walaupun isu pemilihan perdana menteri baru Britain disamping Brexit terus menekan Pound.

Laporan komitmen trader menunjukkan spekulator terus meningkatkan net volume jualan daripada 58,937 kontrak pada 25 Jun kepada 72,982 pada 9 Julai. Sehingga Jumaat lepas, rancangan jualan UBS masih aktif dan Citibank pula telah aktif pada 11/7.

AUD/USD:  Aussie yang akhirnya mengalah selepas Dolar mendapat permintaan, kembali membuat “rebound” apabila minit mesyuarat FOMC dan keterangan Presiden Feds seolah mengesahkan penurunan kadar faedah AS pada hujung bulan ini. Namun begitu, sekiranya sentimen kembali pesimis, Aussie dijangka akan kembali tertekan.

Laporan komitmen trader menunjukkan spekulator terus mengurangkan net volume jualan daripada 66,320 kontrak pada 25 Jun kepada 54,007 pada 9 Julai. Sehingga Jumaat lepas, rancangan jualan Citibank telah pun ditutup pada “breakeven”.

USD/JPY: Dolar/Yen kembali tertekan minggu lepas apabila minit mesyuarat FOMC dan keterangan Presiden Feds seolah mengesahkan penurunan kadar faedah AS pada hujung bulan ini. Berita tentang pasaran bon yang menjangkakan krisis ekonomi untuk Amerika Syarikat, juga turut memacu permintaan untuk Yen.

Laporan komitmen trader menunjukkan spekulator terus mengurangkan net volume jualan JPY daripada 10,147 kontrak pada 25 Jun kepada 3,651 pada 9 Julai. Sehingga Jumaat lepas, rancangan belian Citibank telah pun menutup dengan “breakeven” dan UBS pula dengan “+20”.

USD/CHF: Dolar/Swiss gagal menguji “parity” selepas sentimen penurunan kadar faedah AS kembali hangat dan pasaran membeli “safe-haven” CHF lantaran pasaran bon menjangkakan krisis ekonomi yang bakal melanda Amerika Syarikat. Namun begitu dengan kadar faedah AS yang jauh lebih baik dari Swiss, USD dijangka akan terus mendapat bidaan kesan dari “carry trade” oleh pelabur jangka panjang.

Laporan komitmen trader menunjukkan spekulator terus mengurangkan net volume jualan CHF daripada 16,481 kontrak pada 25 Jun kepada 10,428 pada 9 Julai.

USD/CAD: Dolar/CAD terus tertekan kesan dari permintaan kukuh untuk minyak mentah dan sentimen penurunan kadar faedah AS pada hujung bulan ini; walaupun pada awalnya laporan sektor pekerjaan AS dilaporkan lebih baik dari Kanada. Tindakan BoC yang mengekalkan kadar faedah juga turut membantu mengukuhkan CAD.

Laporan komitmen trader menunjukkan net volume jualan CAD sebanyak 14,790 kontrak pada 25 Jun kini berubah kepada net volume belian sebanyak 9,226 kontrak pada 9 Julai. Sehingga Jumaat lepas, rancangan belian UBS telah mengenai SL dan Citibank pula menutup dengan “breakeven”.

Selamat Berdagang dan Melabur!

 

NOTA:

Analisa sentimen hanyalah satu dari tiga analisa utama dalam membuat keputusan dagangan. Trader dinasihatkan untuk melihat juga analisa fundamental dan teknikal sebelum berdagang. Baca lebih lanjut tentang analisa sentimen dan bagaimana menggunakannya disini.