Saya percaya anda sudah tahu bahawa secara umum pasaran mempunyai dua keadaan, iaitu “trending” dan “ranging”. Bila harga aset atau kadar tukaran matawang memecah sesuatu “range” ia menjadi “trending”. Sekiranya ia memecah “range” tersebut dan memacu ke atas, ia menjadi “uptrend” dan sekiranya ia menjunam ke bawah, ia menjadi “downtrend”. Pasaran berada dalam keadaan “range” boleh dikatakan 70-80% pada setiap masa.

Ya sudah tentu perlu juga faham, “range” pada carta mingguan boleh jadi satu “trend” di carta harian dan begitu juga sebaliknya. Dan adakalanya keadaannya sama untuk beberapa “timeframe”. Jadi disini saya kongsikan salah satu trade mudah dari trader JP Morgan hari ini – CAD/CHF. Jom kita lihat carta mingguan.

Jelas dari carta di atas, CAD/CHF telah berada dalam “range” sejak beberapa tahun yang lalu. “Top range” adalah sekitar 0.7720 (garisan merah putus-putus) dan “bottom range” adalah sekitar 0.7180 (garisan hijau tebal). Ia kini sedang berdepan dengan “resistance” sekitar 0.7650/20 dan 80-90% kebarangkalian akan berdepan dengan tekanan jualan. Jom kita lihat pula carta harian.

Carta harian juga berada dalam “range” setelah membuat “uptrend” pada awal tahun ini dan kini berdepan dengan “major resistance” pada 0.7600 (garisan lintang merah). “Bottom range” atau “support” boleh dilihat sekitar 0.7400 – 0.7380 dan juga sekitar 0.7480 (garisan hijau putus-putus) dengan pivot bulanan sekitar 0.7435.

Rancangan Dagangan

Dalam keadaan range, strategi mudah ialah jual pada “top range” dan beli semula pada “bottom range”. Kebarangkalian juga adalah lebih tinggi bila terdapat dua atau lebih “timeframe” dengan keadaan yang sama. Anda juga boleh melihat kepada “candlestick” untuk meningkatkan keyakinan dalam dagangan ini iaitu “bearish engulfing” telah pun kelihatan pada hari Selasa. Kini ia membuat rebound untuk mengambil order jualan. Boleh letakkan SL 10 pip di atas paras tertinggi hari Selasa, sekitar 0.7625.

Setelah mempunyai “exit” untuk “stop loss”, boleh lah pula cari “exit” untuk “take profit” atau sasaran. Dalam kes ini, sasaran mudah boleh diletakkan pada “botton range” harian, sekitar 0.7480. Nah, sekiranya anda menjual pada harga semasa, sekitar 0.7570 ketika artikel ini ditulis, risiko anda ialah (0.7625-0.7570) 55 pips dan jangkaan pulangan anda ialah (0.7570-7480) 90 pips. Kurang dari dua kali ganda (2R).

Ianya boleh bertambah baik sekiranya anda sasarkan pada pivot bulanan sekitar 0.7435, dan pulangan kini menjadi (0.7570 – 0.7435) 135 pips! Namun ini tidaklah bermaksud trade ini mendapat jaminan akan menghasilkan keuntungan. Masih terdapat risiko yang ianya akan memacu naik dan menghentam “stop loss”, serta trade ini juga mempunyai “swaps” negatif sekiranya akaun anda tidak Islamik. Jadi pilihlah saiz dagangan yang sesuai supaya ianya tidak menjadi trade terakhir anda.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.