Berikut adalah laporan sentimen harian sepanjang minggu ke-27, 2019 yang lepas.

Jumaat, 5 Julai 2019.

BUY USD CAD GBP EUR CHF JPY AUD NZD SELL

Khamis, 4 Julai 2019.

BUY AUD JPY CAD NZD USD CHF EUR GBP SELL

Rabu, 3 Julai 2019.

BUY AUD CAD JPY USD NZD EUR GBP CHF SELL

Selasa, 2 Julai 2019:

BUY USD CAD JPY AUD NZD GBP EUR CHF SELL

Isnin, 1 Julai 2019:

BUY USD CAD GBP JPY NZD EUR AUD CHF SELL

 

Ulasan Mingguan

Sentimen pasaran ditutup bercampur-campur minggu lepas, apabila matawang komoditi AUD dan CAD lebih banyak dibeli, kesan dari permintaan untuk minyak dan harapan kepada rundingan dagangan AS-China yang positif; sedangkan matawang komoditi NZD lebih banyak dijual. Buat masa ini, kadar faedah NZD ternyata lebih baik dari AUD melebihi 0.5% selepas Bank Pusat Australia menurunkan kadar faedahnya ke paras terendah dalam sejarah. Kadar tukaran AUD/NZD kini sekitar 1.0530 dan berada pada paras breakout bulan Mei.

Sentimen bercampur-campur ini jelas, apabila matawang safe-haven JPY dan USD masih mendapat lebihan permintaan di saat CHF dijual sepanjang minggu. Berita dari pasaran bon mengatakan bahawa trader-trader bon kini menjangkakan krisis kewangan, selepas pulangan bon jangka pendek telah melebihi bon jangka panjang untuk beberapa bulan kebelakangan ini. (Baca Lanjut Disini).

Namun begitu, secara total pasaran kini lebih optimis apabila matawang GBP lebih banyak dibeli dari EUR, walaupun perbezaan permintaannya tidak begitu ketara; sekaligus mengesahkan mood pasaran yang masih dalam berjaga-jaga.

Minyak mentah terus mendapat permintaan sepanjang minggu, kesan dari tindakan OPEC dan sekutunya yang cuba mengurangkan pengeluaran dalam usaha untuk menstabilkan harga. Dengan permintaan untuk Dolar yang kembali selepas laporan NFP yang mengujakan minggu lepas, harga dijangka tertekan minggu ini.

Emas pula yang telah menghadapi tekanan jualan sepanjang dua minggu lepas, apabila beberapa pegawai Feds memberikan komen tentang penurunan kadar faedah; kini terus tertekan selepas laporan NFP menunjukkan sektor pekerjaan Amerika Syarikat masih kukuh dengan pertambahan lebih 200 ribu pekerjaan bulan lepas. Namun begitu, dengan kadar pengangguran yang meningkat sebanyak 0.1%, NFP mungkin tidaklah sebaik yang diharapkan.

Nota: Laporan komitmen trader berakhir 2 Julai masih belum disiarkan ekoran pasaran Amerika Syarikat yang bercuti sempena Hari Kemerdekaan.

Ulasan Matawang Utama

EUR/USD: Dengan sentimen jualan yang jelas, Euro membuat “pullback” yang lebih jauh menghampiri 1.12 selepas laporan NFP keluar jauh lebih baik dari jangkaan. Namun, apabila para pelabur menyedari bahawa ianya tidaklah sebaik yang diharapkan; Dolar dijangka akan kembali dijual. Laporan ekonomi AS akan menjadi lebih penting minggu ini.

Laporan komitmen trader sehingga 25 Jun, menunjukkan spekulator kembali menjual Euro, sebanyak 3,965 kontrak; sekaligus meningkatkan net volume jualan kepada 56,295 kontrak. Sehingga Jumaat lepas, rancangan belian UBS telah pun aktif.

GBP/USD:  Pound terus tertekan selepas tiga laporan ekonomi utama UK menunjukkan penguncupan dan ini semestinya mematikan sentimen kenaikan kadar dari BoE. Isu pemilihan perdana menteri baru Britain disamping Brexit juga terus menekan Pound, dan Dolar yang kembali kukuh juga menyebabkan Pound menjunam.

Laporan komitmen trader menunjukkan spekulator terus menjual sebanyak 6,373 kontrak; sekaligus meningkatkan net volume jualan kepada 58,937 kontrak. Sehingga Jumaat lepas, rancangan belian  Citibank telah menutup dengan “+20” dan UBS pula telah menutup dengan “breakeven”.

AUD/USD:  Aussie yang stabil walaupun selepas RBA menurunkan kadar faedah dua bulan berturut-turut ke paras terendah dalam sejarah, akhirnya mengalah selepas Dolar kembali mendapat permintaan apabila laporan terbaru sektor pekerjaan menunjukkan ekonomi AS yang masih kukuh dan mungkin tidak memerlukan penurunan kadar faedah. Namun begitu, sentimen optimis dengan rundingan dagang AS-China dijangka akan terus meyokong Aussie.

Laporan komitmen trader menunjukkan spekulator terus menjual sebanyak 1,457 kontrak; sekaligus meningkatkan net volume jualan kepada 66,320 kontrak. Sehingga Jumaat lepas, Citibank kembali memasuki pasaran sekitar 0.7030 selepas rancangan jualan pertama mengenai SL.

USD/JPY: Dolar/Yen terus memacu naik seperti jangkaan dan laporan NFP yang mengujakan minggu lepas terus menyokong pembelian Dolar. Sentimen rundingan dagang AS-China yang optimis juga dijangka akan terus meyokong Dolar, namun sebarang kejutan negatif dijangka akan kembali memacu Yen.

Laporan komitmen trader menunjukkan spekulator terus membeli Yen sebanyak 6,418 kontrak; sekaligus mengurangkan net volume jualan JPY kepada 10,147 kontrak. Sehingga Jumaat lepas, rancangan belian Citibank telah pun aktif dan SL UBS telah pun dinaikkan ke “+20”.

USD/CHF: Dolar/Swiss terus memacu naik sepanjang minggu lepas selepas laporan NFP yang mengujakan dan dijangka menguji “parity” sekiranya rundingan dagang AS-China terus berjalan lancar.

Laporan komitmen trader menunjukkan spekulator menjual CHF, sebanyak 997 kontrak; sekaligus meningkatkan net volume jualan CHF kepada 16,481 kontrak.

USD/CAD: Dolar/CAD memberi isyarat belian selepas laporan sektor pekerjaan Amerika Syarikat ternyata lebih baik dari Kanada. Sektor pekerjaan Kanada dilaporkan kehilangan lebih 2000 pekerjaan pada bulan Jun disamping laporan pengurus pembelian Ivey yang mengecwakan pasaran. Namun begitu, permintaan untuk minyak mentah dijangka akan membantu mengapungkan CAD.

Laporan komitmen trader menunjukkan spekulator membeli lebih banyak CAD sebanyak 23,281 kontrak; sekaligus mengurangkan net volume jualan CAD kepada 14,790 kontrak. Sehingga Jumaat lepas, Citibank kembali memasuki pasaran sekitar 1.3050 setelah rancangan belian pertama mengenai SL.

Selamat Berdagang dan Melabur!

 

NOTA:

Analisa sentimen hanyalah satu dari tiga analisa utama dalam membuat keputusan dagangan. Trader dinasihatkan untuk melihat juga analisa fundamental dan teknikal sebelum berdagang. Baca lebih lanjut tentang analisa sentimen dan bagaimana menggunakannya disini.