Berikut adalah laporan sentimen harian sepanjang minggu ke-26, 2019 yang lepas.

Jumaat, 28 Jun 2019.

BUY NZD AUD CAD GBP EUR USD CHF JPY SELL

Khamis, 27 Jun 2019.

BUY NZD CAD AUD USD EUR JPY GBP CHF SELL

Rabu, 26 Jun 2019.

BUY NZD AUD CAD USD EUR CHF JPY GBP SELL

Selasa, 25 Jun 2019:

BUY CHF NZD EUR JPY AUD GBP CAD USD SELL

Isnin, 24 Jun 2019:

BUY CHF EUR AUD NZD GBP CAD USD JPY SELL

 

Ulasan Mingguan

Matawang komoditi NZD, AUD, CAD yang awalnya lebih banyak dijual, kembali dibeli ketika pasaran kembali meletak harapan kepada persidangan G20 di Osaka, Jepun pada hujung minggu. Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk membenarkan syarikat AS berurus-niaga dengan syarikat telekomunikasi China, Hua Wei, buat sementara waktu semestinya akan di sambut baik pasaran.

Matawang “safe-haven” USD, CHF, JPY pula lebih banyak dijual setelah sentimen pasaran nampaknya kembali optimis dengan keputusan rundingan dagang AS-China yang akan diteruskan pada Selasa ini. USD dijangka akan terus dibeli berbanding JPY dan CHF, lantaran komen terbaru Feds tentang penurunan kadar faedah yang kini masih dalam teka-teki.

Namun begitu, pasaran hadapan dana Feds masih meletakkan keyakinan 100% untuk Feds menurunkan kadar faedah pada mesyuarat Julai ini, dengan satu lagi penurunan (62.6% kebarangkalian) seawal September. Ini dijangka akan terus mengapungkan pasaran saham yang kini menghadapi tekanan jualan dari para pelabur besar yang mengambil untung secara besar-besaran.

Dalam pada itu, pembelian EUR yang lebih banyak dari GBP menunjukkan pasaran yang masih terus dalam sentimen berhati-hati, walaupun kebanyakan pelabur mengharapkan keputusan positif dari rundingan dagang AS-China yang akan disambung semula Selasa esok.

Sentimen pasaran yang kini optimis dijangka akan terus menekan harga emas dan mengapungkan minyak mentah.

 

Ulasan Matawang Utama

EUR/USD: Setelah memacu naik memecah rintangan kritikal 1.1350 dan mencecah paras tertinggi 1.1415 minggu lepas, Euro dijangka membuat satu lagi “pullback” ke sekitar paras 1.1320/1.1280 minggu ini sebelum memacu semula untuk menguji paras 1.1450/80 dalam sentimen tarik tali antara Feds dan ECB.

Laporan komitmen trader sehingga Selasa lepas, menunjukkan spekulator kembali menjual Euro, sebanyak 3,965 kontrak; sekaligus meningkatkan net volume jualan kepada 56,295 kontrak. Sehingga Jumaat lepas, rancangan belian UBS masih aktif dan SL telah pun dinaikkan ke “+20”.

GBP/USD:  Tindakan BoE mengekalkan kadar dalam mesyuarat MPC dan masih optimis dengan ekonomi UK sebelum ini; walaupun melihat risiko penguncupan ekonomi global kini meningkat, dijangka akan terus mengapungkan Pound dan membantu pacuan ke paras 1.3150/80. Britain tiada pilihan lain melainkan memilih perdana menteri baru yang akan mengelakkan ia keluar dari EU tanpa sebarang perjanjian.

Namun begitu, laporan komitmen trader menunjukkan spekulator terus menjual sebanyak 6,373 kontrak; sekaligus meningkatkan net volume jualan kepada 58,937 kontrak. Sehingga Jumaat lepas, rancangan belian  Citibank masih aktif dan SL telah pun dinaikkan ke “+20” dan SL UBS pula telah berada pada “breakeven”.

AUD/USD:  Aussie yang terus memacu naik menghampiri paras 0.7025, kini berdepan dengan risiko “pullback” apabila para trader jangka pendek mula mengambil untung. Sentimen pasaran yang optimis dengan rundingan AS-China dijangka akan terus memacu Aussie ke paras 0.7180/0.7200, namun penjualan emas dijangka akan terus menekan Aussie.

Laporan komitmen trader menunjukkan spekulator terus menjual sebanyak 1,457 kontrak; sekaligus meningkatkan net volume jualan kepada 66,320 kontrak. Sehingga Jumaat lepas, rancangan belian Citibank untuk membeli pada paras 0.6900 masih aktif.

USD/JPY: Dolar/Yen membuka dengan “gap-up” setelah Presiden Trump membenarkan syarikat AS kembali berurusniaga dengan syarikat telekomunikasi China, Hua Wei. Pasaran terus optimis dengan keputusan itu yang membuka jalan untuk perbincangan lanjut Selasa esok. Namun, sebarang kejutan negatif dijangka akan kembali memacu Yen.

Laporan komitmen trader menunjukkan spekulator terus membeli Yen sebanyak 6,418 kontrak; sekaligus mengurangkan net volume jualan JPY kepada 10,147 kontrak. Sehingga Jumaat lepas, UBS telah memasuki pasaran sekitar paras 107.60.

USD/CHF: Seperti Dolar/Yen, Dolar/Swiss membuka dengan “gap-up” ekoran sentimen pasaran yang terus optimis dengan keputusan rundingan dagang AS-China. Dolar/Swiss dijangka menguji parity sekiranya rundingan dagang AS-China terus berjalan lancar.

Laporan komitmen trader menunjukkan spekulator menjual CHF, sebanyak 997 kontrak; sekaligus meningkatkan net volume jualan CHF kepada 16,481 kontrak.

USD/CAD: Dolar/CAD merudum sepanjang dua minggu lepas, setelah sentimen penurunan kadar Feds melemahkan Dolar dan lonjakan minyak mentah terus mendorong permintaan untuk CAD. Namun begitu, dengan sentimen pasaran yang kembali optimis dengan rundingan AS-China, USD dijangka akan kembali mendapat permintaan.

Laporan komitmen trader menunjukkan spekulator membeli lebih banyak CAD sebanyak 23,281 kontrak; sekaligus mengurangkan net volume jualan CAD kepada 14,790 kontrak. Sehingga Jumaat lepas, Citibank telah memasuki pasaran sekitar 1.3060 dan rancangan jualan UBS pula telah mencapai sasaran.

Selamat Berdagang dan Melabur!

 

NOTA:

Analisa sentimen hanyalah satu dari tiga analisa utama dalam membuat keputusan dagangan. Trader dinasihatkan untuk melihat juga analisa fundamental dan teknikal sebelum berdagang. Baca lebih lanjut tentang analisa sentimen dan bagaimana menggunakannya disini.