Dalam satu keputusan yang telah dijangka pasaran hari ini, Perdana Menteri Britain, Theresa May mengumumkan bahawa beliau akan meletakkan jawatan dalam masa dua minggu dan berharap penggantinya akan dapat menyelesaikan kemelut Brexit yang terus menerus menghantui Pound. Pound yang telah merudum semenjak tiga minggu lalu, kini mula dibida oleh pelabur Swiss beberapa jam sebelum London menutup.

Net volume belian untuk enam dan tujuh belas hari, adalah yang tertinggi untuk Pound pada 39,705 dan 42,635 kontrak di pasaran hadapan CME. Swiss pula dengan net volume jualan pada 3,378 dan 14,286 kontrak.

Rancangan Dagangan

Saya melihat bidaan ini adalah untuk menutup kontrak jualan dalam aktiviti mengambil untung. Sekiranya anda membeli ianya adalah “counter trend” pada carta harian dan empat jam, walaupun trend satu jam menunjukkan belian kukuh, lantaran volume yang stabil di atas kosong. 1.2820 dan 1.2970 boleh dijadikan sasaran dengan “stop loss” pada 1.2670 dan pastikan anda merujuk carta GBP/CHF.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.