GBPUSD : Liquidity Rendah Dan Peningkatan Nilai Spread Aras Support – Sesi Asia 21 May 2019

Sesi Asia 2 1 May 2019

0
1207

GBPUSD meneruskan penurunan selepas menembusi aras penting 1.3000 seperti yang dilaporkan di SINI.

Pergerakan trend ini telah di dominasi oleh Market Maker. Permintaan perjualan terus meningkat semasa penurunan berlaku. Ini dibuktikan oleh peningkatan nilai delta dan pergerakan price yang tidak selari seperti yang ditunjukkan Gambar 1 di bawah.

Gambar 1: Peningkatan nilai delta dan penurunan harga

Berdasarkan gambar 1, beberapa kesimpulan dapat dibuat iaitu:

1) Peningkatan delta dan penurunan harga menunjukkan penguasaan Market Maker di dalam pasaran.

2) Penguasaan Market Maker turut meningkatkan jumlah lambakan(excess) seller di pasaran. Volume mahu menjual ini boleh digunakan oleh buyer untuk memenuhi liquidity pasaran.

Teknikal Analisa

Gambar 2: Teknikal Support GBPUSD Timeframe Daily

Berdasarkan gambar 2, terdapat teknikal support aras 1.2710 di Time frame daily. Aras ini mempunyai potensi kemasukan buyer. Support 1.2800 telah dipecahkan tanpa membuat pembetulan harga. Oleh itu, aras ini mempunyai potensi kehadiran seller untuk bertahan.

 

Orderflow Analisa

Gambar 3 : Analisa Orderflow GBPUSD sehingga Jam 2PM

Berdasarkan gambar 2, beberapa pemerhatian dapat dilihat iaitu:

  • Point (1) : terdapat kehairan fake seller yang menyebabkan price turun menguji liquidity aras 1.2730
  • Point (2) : Aras 1.2710 dalam kedaaan low liquidity. Ini disebabkan oleh kehadiran volume yang rendah.

Selain dari pemerhatian di gambar 3, terdapat peningkatan nilai spread di aras 1.2750. Peningkatan nilai spread juga adalah petanda bahawa risk pasaran meningkat disebabkan oleh kurangnya aktiviti market maker. Ini adalah petanda awal bahawa market dalam keadaan low liquidity dan kehilangan  volume pasaran seperti ditunjukkan di gambar 4 di bawah.

Gambar 4: Pemerhatian Spread di GBPUSD

Kesimpulan Analisa

GBPUSD telah melakukan penurunan harga yang perlahan tetapi konsisten dan telah memerangkap banyak trader dari sudut posisi long. Ini dibuktikan oleh peningkatan nilai delta dalam pasaran. Selain dari itu, peningkatan nilai delta ini juga meningkatkan nilai lambakan seller(excess) di dalam pasaran. Lambakan seller ini boleh digunakan oleh buyer untuk memenuhi keperluan liquidity mereka. Oleh itu, terdapat tiga pemerhatian yang perlu dilihat untuk memastikan penurunan ini telah perlahan iaitu:

1) Penurunan terhenti oleh pergerakan sideway selama 2-3 hari sebelum pembalikan arah berlaku.

2) terdapat kejatuhan mendadak yang pantas dan disusuli oleh pembalikan arah.

3) Terdapat kehadiran big buyer di dalam pasaran.

Sebagai kesimpulan, penulis merasakan penurunan GBPUSD sudah hampir tamat jika tiga perkara di atas berlaku. Aras 1.2700/12740 perlu diperhatikan dari sudut orderflow bagi menyokong analisa ini

 

Berminat untuk belajar Institution Orderflow??

Sertai kami dalam ROADTOUR DOM & IGT ke negeri anda bermula 15 Julai 2019 ke Negeri anda!

Semak tarikh dan jadual di https://domroadtour.realtradercommunity.com/