Bitcoin:Fake Volume & Kehadiran Kumpulan Seller di Aras Resistance 8500$

0
283

Bitcoin menyaksikan kenaikan yang ketara sejak bermula awal April dari harga 4000$ sehingga hampir 8000$. Perang dagang China-US menjadi faktor utama kenaikan bitcoin di mana reaksi pasaran mula aggresive pada awal bulan april. Namun, beberapa elemen lain seperti volume dan teknikal perlu di lihat.

Analisa Teknikal

Gambar 1 di bawah menunjukkan teknikal analisa dan aras penting bagi bitcoin.

Gambar 1 : Teknikal Analisa di Bitcoin Chart Daily ( Sumber : Bittrex)

Berdasarkan Gambar 1, terdapat dua zone seller iaitu :

  1.  Aras 8,500$
  2.  Aras 10,000$

Analisa Orderflow

Gambar 2: Pergerakan Orderflow di BTC (sumber: GDAX Exchange)

Berdasarkan Gambar 2 , terdapat kehadiran Heavy Seller sekitar 100-160 Lot dalam kumpulan order di aras 8500$. Aras 8500$ ini adalah zone seller 1 yang ditunjukkan di gambar 1. Potensi aras ini bertahan adalah tinggi disebabkan oleh volume trade yang rendah (lihat column SVP).

Pemerhatian lain-lain

Gambar 3 : Perbandingan Volume Bitcoin dan Jumlah Volume US Stock

Berdasarkan beberapa sumber yang diperolehi, kenaikan bitcoin telah dikesan sebagai manipulasi Pump & Dump. Ini kerana Volume yang luar biasa telah dikesan di pasaran. Volume Bitcoin adalah tertinggi yang pernah direkodkan iaitu hampir 3 kali ganda lebih besar dari keseluruhan volume yang ada di US stock market seperti ditunjukkan di gambar 3. Maka, secara am nya , boleh dikatakan volume ini 90% adalah fake melalui manipulasi “wash trading“. Wash trading adalah kaedah manipulasi di mana seller dan buyer melakukan transaksi antara kumpulan yang sama(trade sesama sendiri). Anda boleh membaca beberapa artikel lain mengenai manipulasi seperti di bawah:

 

Kesimpulan Analisa

Aras penting 8,500$ mempunyai Seller yang agak kuat. Jika aras ini dipecahkan, potensi aras 10,000 untuk diuji. Resistance paling tinggi yang dipanggil sebagai BIG SHORT adalah aras 12,000. Trader dinasihatkan untuk melihat tiga aras ini. Manipulasi yang kerap berlaku di pasaran Bitcoin adalah disebabkan unregulated dan pasaran yang tidak mempunyai sistem yang dipantau. Maka, membuka ruang yang luas kepada manpulasi. Trader perlu awas dengan keadaan ini.