Awal April lalu, saya jangkakan Bitcoin akan mencecah $6,000 dan Ripple mencapai $0.60 sebelum penjual memasuki pasaran. Nampaknya saya salah apabila Bitcoin telah mencapai $8,000 dan Ripple masih berlegar-legar sekitar $0.32 mencari pembida seterusnya. Kepada anda yang dapat merebut peluang mengambil untung Bitcoin pada $6000, jangan kecewa yang anda terlepas “extra” $2000, kerana sekiranya anda masih ada posisi berbaki, saya jangkakan ia akan menguji sekitar $10,000 dalam masa empat ke enam minggu yang akan datang.

Untuk yang masih memegang Ripple, atau tiada posisi, mungkin ini masa terbaik untuk membeli kerana harga yang masih menarik. Ya, baru-baru ini ada isu keselamatan di bursa binance, salah satu bursa terbesar matawang krypto, dimana lebih 7,000 BTC dicuri dengan nilai ketika itu sekitar $40 juta. Namun, nampaknya itu tidak menghalang pelabur dari terus membida bitcoin dan saya jangkakan ripple juga akan mendapat tempias bidaan tersebut.

Rancangan Dagangan

Masih belum terlewat untuk melabur dalam bitcoin, namun pada harga semasa ia agak mahal dan memerlukan margin yang lebih tinggi. Namun dengan potensi untuk mencapai $10,000 dalam masa empat ke enam minggu, saya melihat “stop loss” pada $6,750 dan sekiranya belian dibuat pada harga semasa, sekitar $7940 ketika artikel ini ditulis, ia masih menawarkan “risk/reward” yang boleh diterima, sekitar 1.73R.

Untuk ripple, saya melihat “stop loss” pada $0.2850 dan pada harga semasa, sekitar $0.3250 ketika artikel ini ditulis, sasaran $0.60 menawarkan “risk/reward” yang lebih baik, sekitar 6.87R! Pilihan di tangan anda.

Artikel berikut boleh membantu anda memahami pelaburan bitcoin:

Bitcoin Menuju $6,000, Ripple Menuju $0.6000

Krypto Menanti Masa Untuk Terbang Semula

JP Morgan Akhirnya Lancar Bitcoin

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.