Hiruk pikuk bilik dealer pagi ini di New York dan Chicago apabila berita meletus bahawa China sedia melancar serang balas atas keputusan Amerika Syarikat dalam menaikkan cukai barangannya dari 10% kepada 25%. Kenaikan sebanyak 15% itu semestinya bagus untuk perbendaharaan AS, tapi ia akan menjadi mimpi ngeri kepada pengguna dan korporat AS. Mana tidaknya, kerana semua cukai itu dibayar oleh syarikat AS yang mengimpot barangan tersebut dari China! Apa yang Trump fikirkan?

Sejak dari Khamis minggu lepas lagi bidaan untuk CHF dilihat mencanak naik, walaupun dalam volume yang sedikit! Dealer terpaksa naikkan “spreads” untuk mengaut untung lebih, lantaran CHF bukanlah selalu dan banyak dibeli pasaran, melainkan untuk tujuan domestik dan hedging sahaja. Di Tokyo Financial Exchange (TFX) sehingga hampir tengah malam Tokyo, hanya ada sekitar 111 kontrak sahaja yang didagangkan hari ini!

Kementerian Kewangan China mengumumkan hari ini bahawa ia akan menaikkan cukai ke atas barangan impot AS bernilai sekitar $60 bilion bermula 1 Jun. Kebanyakan barang yang menjadi sasaran China ialah barangan industri, penerbangan, dan bijirin yang merupakan antara ekspot terbesar AS ke China. Saham syarikat Boeing dan Caterpillar yang merupakan antara pengekspot terbesar pesawat dan barangan industri ke China merudum lebih 3% hari ini.

Emas, antara aset “safe-haven” pilihan, melonjak mencapai paras tertinggi harian sekitar $1,300.50 dan perak pula mencecah $14.80, dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan membuat “pullback”. Dengan sentimen semasa, saya tidak nampak mengapa dealer akan membida lebih rendah.

Rancangan Dagangan

Ada beberapa rancangan dagangan yang boleh dipilih untuk situasi sebegini:

  1. Beli emas dengan “stop loss” $1,280.00 dan sasaran pada $1,335.  Strategi membeli boleh dengan 1/2 pada harga semasa dan 1/2 lagi pada harga “pullback” sekitar $1,290
  2. Beli perak dengan “stop loss” $14.50 dan sasaran pada $15.50 atau “open TP”. Strategi mebeli boleh dengan 1/2 pada harga semasa dan 1/2 lagi pada harga “pullback” sekitar $14.70

3. Jual CHF/JPY dengan “stop loss” 109.00 dan sasaran pada 108.00/20 dan beli semula pada 108.00/20 dengan stop loss 107.50 dan sasaran pada 109.40 atau gunakan strategi “open TP”.

Ada beberapa lagi pilihan lain yang lebih kompleks, namun saya fikir cukuplah tiga pilihan buat masa ini.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.