Hari ini bakal menjadi antara hari yang penting buat Pound, lantaran mesyuarat Bank Pusat England (BoE) yang akan memutuskan sama ada kadar faedah dan polisi kewangan semasa akan dikekalkan atau akan ada perubahan. Pasaran menjangkakan BoE tidak akan membuat sebarang perubahan, malah yakin bahawa BoE akan meneruskan rancangannya untuk menaikkan kadar faedah pada Ogos ini. GBP/USD mencanak naik lebih 200 pips semenjak lewat Isnin dan mengaktifkan rancangan belian Citibank.

GBP/USD – Long @ 1.2950, SL 1.2840 TP 1.3370

Melihat kepada struktur carta harian, kebarangkalian adalah lebih tinggi untuk GBP/USD terperangkap di bawah paras 1.3100/20 lantaran rintangan bulanan dan juga pivot bulan lepas. Saya lebih suka untuk menutup 1/3 atau 1/2 dagangan dan naikkan “stop loss” ke “breakeven” serta gunakan strategi “open TP“.

Dalam pada itu, melihat kepada “end-of-day order flow”, lebih 2,400 kontrak jualan GBP ditambah dan 1,800 kontrak belian USD ditambah; sekaligus menunjukkan terdapat trader yang kini telah mengambil untung belian. Secara keseluruhan “supply” harian masih melebihi “demand” dengan 72 ribu kontrak dan candle “bearish engulfing” pada carta 4 jam adalah satu signal jualan.

Rancangan Dagangan

Sekiranya mahu boleh meletakkan “sell stop” pada paras 1.3025 dengan “stop loss” 1.3085 dan sasaran pada 1.2955 untuk dagangan dengan risk/reward 60/70, atau gunakan dua posisi dengan satu strategi “open TP” untuk memaksimakan keuntungan. Terdapat risiko yang BoE akan lebih optimis dan mendorong bidaan ke paras 1.3100/20 di mana satu lagi posisi jualan boleh dibuka sekiranya anda lebih berminat untuk menjual dengan “stop loss” yang lebih besar sekitar 1.3185 yang pada hemat saya risk/rewardnya adalah tidak berbaloi. Apapun pilihan di tangan anda.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.