Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat dalam mesyuarat kadar faedahnya semalam, mengekalkan kadar semasa dan polisi kewangannya sambil memetik bahawa inflasi kini turun di bawah sasaran 2%, namun dengan kekuatan pasaran pekerjaan dan ekonomi yang stabil ianya dijangka akan kembali ke sasaran dalam jangka masa panjang, menurut Pengerusi FOMC Jerome Powell.

Keputusan FOMC yang dianggap sedikit optimis itu, menyebabkan pasaran kini meletakkan lebih 60% kebarangkalian untuk Feds mengekalkan kadar sehingga hujung tahun ini. Sebelum ini kebarangkalian itu telah jatuh dibawah 50%. Dolar melonjak naik dengan indeks Dolar menutup di atas 97.50 mata, sekaligus mengaktifkan rancangan belian USD/CAD dan USD/JPY dari UBS pada minggu lepas.

USD/CAD – Long @ 1.34, SL 1.3330 TP 1.3650

Melihat kepada struktur carta harian, kebarangkalian adalah lebih tinggi untuk USD/CAD menguji paras 1.3480/1.35 dan membuat “pullback” sebelum meneruskan destinasi seterusnya, bergantung kepada laporan NFP Jumaat ini. Sekiranya mahu, bolehlah menutup 1/3 atau separuh dagangan dan naikkan “stop loss” ke “breakeven” untuk dagangan bebas risiko, sekiranya anda seorang yang lebih “risk averse”.

USD/JPY – Long @ 111.55. SL 110.80 TP 113.00

Melihat kepada struktur carta harian, kebarangkalian adalah lebih tinggi untuk USD/JPY terperangkap di bawah paras 112.00/20 lantaran rintangan bulanan. Saya lebih suka untuk naikkan stop loss ke paras 111.00 untuk mengurangkan risiko dan gunakan “open TP” untuk menguruskan dagangan ini.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.