GBPUSD: Liquidity Mula Hilang Selepas Kehadiran Heavy Buyer- Sesi Penutup 27 Feb 2019

Sesi Penutup 27 Feb 2019

0
1055

Gambar 1: Aras teknikal chart Timeframe Daily

Gambar 1 menunjukkan chart daily GBPUSD. Trend pasaran masih menunjukkan kenaikan. Namun, terdapat resistance penting di aras 1.3350 dan 1.3400 yang memungkinkan kehadiran seller di aras ini.

Gambar 2: Orderflow Heatmap menggunakan software Bookmap

Gambar 2 menunjukkan orderflow Heatmap di GBPUSD. Kenaikan bermula pada Sesi Asia apabila kehadiran buyer sekitar 500-700 mula dikesan. Ini menyebabkan pasaran mendapat reaksi dari buyer dan naik sehingga 1.3360.

Aras tertinggi yang menguji resistance iaitu 1.3360 menunjukkan keadaan Low Liqudity. Dalam keadaan low liquidity, pemain pasaran telah gagal untuk melakukan transaksi serta sukar menarik minat buyer untuk meneruskan kenaikan. Ini adalah petanda bawah kehadiran buyer mula melemah. Namun, keadaan low liquidity ini juga boleh memberikan potensi manipulasi dilakukan dalam menggerakkan pasaran mencari Stop Loss trader.

 

Kesimpulan Analisa

Kenaikan GBPUSD telah mula melemah selepas keadaan low liquidity di aras 1.3360. Low liquidity menandakan kemampuan transaksi oleh pemain pasaran adalah rendah. Ini memberikan petanda bawah kenaikan mempunyai potensi untuk terhenti. Namun, keadaan low liquidity ini juga boleh menyebabkan manipulasi dilakukan dalam mencari Stop Loss trader. Trader dinasihatkan supaya mengambil posisi sell selagi liquidity berada dalam keadaan rendah.