King Dollar dirundung malang lagi apabila Pengerusi Feds Atlanta, Raphael Bostic dalam ucapannya hari ini mengatakan bahawa beliau tidak menolak kemungkinan penurunan kadar faedah sekiranya keadaan memerlukan. Beliau berkata lagi, bahawa Feds seharusnya tidak terikat dengan kenaikan kadar sahaja dan polisi semasa Bank Pusat AS itu boleh berubah pada bila-bila masa.

Komen negatif itu, yang buat pertama kalinya dibuat oleh seorang ahli lembaga Feds yang mengundi dalam polisi kadar faedah, membenamkan indeks Dolar ke paras terendah dalam masa tiga bulan, sekitar 94.78 mata. Ini sekaligus melonjakkan matawang lain, terutamanya Kiwi (+1.08%) dan Euro (+0.69%). Rancangan dagangan Euro telah pun mencapai sasaran pertama (1.1530) dan kini dalam perjalanan ke sasaran seterusnya (1.1570).

Kedudukan 1/3 dalam rancangan dagangan Kiwi telah pun ditutup Khamis lepas, sekitar 0.6650 apabila saya melihat ianya telah terlebih jual (oversold) dan bakal membuat “reversal”. Kini kita berdepan dengan kemungkinan lonjakan ke paras 0.6850/80 dimana saya merancang untuk menjual semula.

Saya melihat 0.6605 dan 0.6505 sebagai sasaran jangka sederhana, sekitar 3 – 5 minggu. Kedudukan komitmen lapan trader besar (big player) di CME dalam matawang NZD, sehingga minggu 51, tahun lepas; menunjukkan minat belian telah dikurangkan dengan banyak dan hanya mengatasi jualan dengan margin 1100 kontrak sahaja. Apapun, bersedialah untuk “cut loss” sekiranya harga menutup di atas 0.6900

NOTA:

Minit mesyuarat FOMC hari ini dijangka memberikan petunjuk sama ada King Dollar akan terus lemah atau kembali dibida.

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.