Laporan mingguan komitmen pedagang atau dikenali juga dengan CoT, “Commitment of Traders”, yang berakhir pada Selasa minggu lepas, 18 Disember, menunjukkan kedudukan spekulator adalah seperti berikut:

CoT DXY EUR JPY GBP CHF CAD AUD WTI XAU
Net +36.1K -53.1K -102.8K -60.7K -22.9K -7.5K -35.1K +309.6K +76.0K
Delta -2.1K +3.2K -5.2K -18.3K -4.7K +4.2K +10.5K +0.1K +15.5K

Spekulator terus mengurangkan kontrak jualan EUR, CAD dan AUD dengan pembelian masing-masing sebanyak 3,163, 4,212 dan 10,462 kontrak di pasaran hadapan. Pada masa yang sama, kontrak belian USD dikurangkan sebanyak 2,073 kontrak.

GBP terus dijual paling banyak dengan pertambahan 18,304 kontrak jualan. JPY dan CHF yang sebelum ini dibeli, kini dijual semula untuk menambah kontrak jualan masing-masing, sebanyak 5,165 dan 4,659 kontrak.

Kontrak belian emas terus ditambah untuk tiga minggu berturut-turut, sebanyak 15,461 kontrak dan minyak mentah nampaknya mula dibeli walaupun sedikit, sekitar 102 kontrak sahaja.

Spekulator didapati terus menambah kontrak belian mereka dalam Indeks saham S&P500, dari 174,179 kepada 210,266 kontrak. Pertambahan sebanyak 36,087 kontrak.

Baca laporan minggu sebelumnya di sini.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.