Morgan Stanley, sebuah bank pelaburan utama Amerika Syarikat dalam laporannya kepada pelanggan baru-baru ini, mula membeli EUR/USD pada kadar 1.1382 dengan “stop loss” 1.1265 dan 1.18 sebagai sasaran. Morgan Stanley dalam laporannya menyebut, ketika ini pasaran terlalu negatif dengan Euro sedangkan terdapat beberapa aspek positif yang ramai terlepas pandang. Berikut adalah hujah bank tersebut dalam belian ini:

  • EUR dan CNY adalah saling berkait rapat dan kestabilan di China akan memberi kesan positif kepada benua Eropah. Malah eksport Kesatuan Eropah banyak ke China dan negara serantau Asia dan negara membangun.
  • CNY adalah anti-USD. Sebarang kekuatan CNY akan melemahkan USD dan begitu juga sebaliknya. Dengan kestabilan ekonomi negara membangun, terutamanya China, CNY dan RMB akan lebih mendapat permintaan berbanding USD dan ini adalah baik untuk EUR.
  • Ekonomi AS dijangka mula melemah tahun depan, dan kebarangkalian untuk Feds terus menaikkan kadar semakin menurun dan ini mengurangkan aliran modal ke AS; sekaligus melemahkan permintaan untuk USD.

Saya melihat EUR/USD mampu mencapai 1.1530 hingga setinggi 1.16 sebelum hujung tahun ini, terutamanya selepas kenaikan kadar AS minggu depan; ekoran ECB yang bertegas mahu menamatkan QE pada hujung bulan ini. Krisis Itali telah pun difaktor ke dalam harga semasa dan ianya tidak dijangka menjadi lebih buruk. Mesyuarat kadar ECB Khamis ini bakal menjadi penentu samada Euro akan terus dibida atau sebaliknya.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.